Friday, 22 August 2014

BREAST DAH KOSONG KE BELUM?

dan Selamat Pagi ibu-ibu semua,

Fuhhhhhhhhh, Lamanya dah tak menulis di sini. berhabuk-habuk dah kot blog ni..Tetiba hari ni kena PAKSAkan diri juga untuk kongsikan pada ibu-ibu semua tentang beberapa tips penyusuan.

Serius sebenarnya memang dari hari ke hari rasa memang nak menulis tapi tula kekangan masa. Ahhhh itu semua alasan...hehehe... semua orang juga punya masa 24jam yang sama...ada je masa nak update blog.

OK.

Hari ni saya nak kongsikan beberapa tips penyusuan tentang KOSONGKAN BREAST. Memandangkan ramai ibu-ibu yang dok tanya w/app dan PM saya bagaimana nak tau breast kita dah kosong ke belum selepas mengepam atau menyusu. cer tengok ciri-ciri kat bawah ni, sekiranya breast anda telah kosong :-

  • Breast akan jadi lembut dan tidak keras
  • Susu takkan meleleh atau menitis bila di picit
  • Breast juga akan rasa lebih ringan berbanding bila ada susu.

Untuk pastikan breast benar-benar kosong pastikan baby hisap sehingga breast rasa lembut dan ringan. Sekiranya masih ragu-ragu pump breast anda selepas selesai menyusukan baby, itu adalah langkah yang bijak untuk memastikan breast benar-benar kosong.

KENAPA PERLU KOSONGKAN BREAST?

Sekiranya baby anda tidak minum sehingga breast anda kosong atau anda tidak mengepam sehingga breast anda kosong berkemungkinan ada baki-baki susu yang akan menjadi ketulan di dalam breast anda yang di panggil (DUCTUS) ianya akan menyekat liang-liang susu untuk keluar dengan lebih banyak di masa akan datang. Dalam erti kata lain liang-liang susu yang keluar itu tersumbat di sebabkan ductus tersebut.



Sekiranya DUCTUS ini terjadi, breast anda akan berasa sakit, dan kebiasaanya akan ada tompokan merah dibahagian breast anda. Dan ini akan menyebabkan anda demam kerana jangkitan kuman. Hati-hati yer ibu-ibu semua ductus ini akan jadi lebih parah sekiranya anda tidak merawatnya. Dan selalunya ductus ini terjadi kepada ibu-ibu yang kurang berdisplin dalam masa mengepam.

OK,

BAGAIMANA CARA NAK KOSONGKAN BREAST

1. PUMP susu mengikut jadual dengan berdisplin

2. PUMP susu selepas menyusukan baby untuk memastikan breast anda benar2 kosong.

3. BUAT JADUAL PUMPING

4.  Pastikan breast anda benar-benar kosong selepas anda mengepam, sekurang-kurangnya minimum masa mengepam adalah 20minit dalam satu-satu masa.

CARA ATASI SEKIRANYA DAH BERLAKU BENGKAK SUSU?

 Sekiranya anda dikalangan ibu-ibu yang sedang bengkak susu ketika ini cuba praktikan beberapa cara dibawah :-

1. TUAM BREAST. Yang ni, memang saya amalkan ketika dalam tempoh berpantang. kerana ketika dalam tempoh berpantang hormon susu sedang aktif. Dan ini akan memudahkan liang-liang susu tersumbat sekiranya baby anda lambat untuk menghisap susu atau anda lambat untuk mengepam. Ambil sehelai tuala bersih, rendamkan pada air panas dan sedikit air sejuk. Bila dh rasa suam2 macam tu.. ambil kain tuala tersebut dan tuamkan pada breast anda, agar liang-liang yang tersumbat itu akan terbuka.



2.SIKAT RAMBUT. Yang ini petua orang lama-lama. ketika saya sedang bengkak susu, mak sibuk suruh sikat breast dengan sikat rambut. Sejauh mana keberkesananya itu saya kurang pasti sebab saya cuba macam tidak membantu mengurangkan bengkak susu. Tapi bolehlah cuba sebagai salah satu cara untuk kita terus ikhtiar dan usaha. Mana tau ibu-ibu yang lain cuba dapat membantu. Sikat menghala ke arah nipple tau. Dari atas turun ke bawah.



3. TEKAP KOBIS. Ye tekap kobis. Lagi-lagi kobis yang baru keluar dari peti ais. Pengalaman saya sendiri memang amat-amat membantu. Sebab ketika bengkak susu terjadi, saya rasa macam breast panas. So bila tekap dengan kobis yang sejuk sememangnya membantu sangat. Atas sebab apa itu saya tak pasti. Mungkin saya perlu lakukan kajian terhadap kobis satu hari nanti.  Tekap pada breast anda sekiranya anda berasa breast anda tegang dan keras. Sekiranya dah layu anda tukar dengan helaian kobis yang baru. Sehingga berasa lega.



4. SUSUkan BAYI. Akhir sekali cuba berikan bayi anda untuk hisap secara direct. Kerana hisapan dan rangsangan daripada baby memang terbukti mampu untuk melegakan radang ductus tersebut. Tapi sebenarnya bila dah bengkak susu, baby pun susah untuk hisap sebenarnya, sebab nipple pun jadi flat sebab dah membengkak. Tapi sekiranya baby anda mampu untuk menghisap, hisapan itu sangat2 lah membantu kerana ketulan atau luctus itu akan pecah. Waaaahhh hebatkan kuasa ALLAH?

OK, sekian sahaja. Diharap entri kali ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana yang sedang berpantang. Ataupun yang sedang gigih mengumpul stok.

Sekiranya anda mempunyai masalah penyusuan dan inginkan konsultasi boleh terus hubungi saya 019-215-3391 w/ap and telegram.

"BERIKAN SUSU IBU PADA ANAKMU KERANA ITU HAK MEREKA"

SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK BAYI, JADI KENAPA ANDA MASIH KATAKAN TIDAK PADA SUSU IBU?