Selesai solat Maghrib...
Tengok fon kot2 ada order baru yang kena di packing kejap lagi..
2 mesej w/app y belum di baca..
" Kak, nak minta pendapat, Malish dengan lacte mana yang lebih OK?
Saya baru bersalin malam tadi. 34week. Baby prem 1.3kg. First baby takde pengalaman. Saya nak beli pump "
Rasa sedih plak.. baca w/app ni. Teringat keadaan saya dulu. saya pernah lalui hampir 2y yang lalu. Bersalin 34week. Tapi untungnya bayi saya lebih besar 2.3kg..
Untungnya saya membuat persediaan awal kerana takut pelbagai kemungkinan yang sukar untuk dijangka..seawal 6bulan mengandung saya sudah siap sediakan breastpump.
Perancangan awal dari sudut perbelanjaan keluarga dan bulanan harus saya lakukan serapi mungkin. Kos yang banyak untuk saya.
Mana taknya..dgn ekonomi yang ketika itu sekadar cukup2 makan..pakej breastpump complete memerlukan kos hampir mencecah RM500 ketika itu.
Niat saya mahu berikan susu ibu bt anak tersayang.. andai kata x sampai 2y sepenuhnya pun sekurang2nya lbh baik dr sblm ini yang lgsg tidak dibèri susu ibu secara direct.
Alhamdulillah sehingga kini anak saya sudah berumur 1y7m masih mampu beri susu ibu. Cukup sihat sempurna.
Apa yang saya cuba sampaikan bukan sekadar.. pump yang mana lebih baik. Tapi persediaan awal bt ibu2 yang bakal bersalin.pastikan breastpump dijadikan list utama yang harus dibeli jika niat anak utk terus beri susu ibu.
Jangan takut lakukan pelaburan yang pastinya memberi pulangan yang berbaloi untuk anda. Bukan sahaja dari segi kesihatan, kasih sayang yang semestinya sempurna seorang ibu dan anak, dari segi kewangan yang pastinya akan jimat berkali ganda dari membeli susu formula berulang kali.
SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI!
"BERIKAN SUSU IBU PADA ANAKMU KERANA ITU HAK MEREKA"