Diary seorang penjual barangan baby gears dan cerita-cerita kehidupan.
Harap dengan perkongsian saya ini, dapat membantu orang lain untuk pergi bercuti dan mencari barang keperluan anak tersayang.
Untuk keterangan lanjut :-
Visit my IG @stroller_carseat_pump4mama , personal IG Nazurah Mat Arif or Facebook Nazurah Mat Arif. Untuk sebarang pembelian boleh wapp me 019 215 3391
From the comfort of your arms to the soothing sway of the LEAF curv. When baby wants to be rocked and you need a moment, this lounger is poetry in motion. A gentle nudge from you starts a naturally calming, rhythmic side-to-side movement that lasts over two minutes.
Your child will adore it. And you’ll love it.
Features:
Ultra smooth and quiet side-to-side motion
Evolves with baby to big-kid size
Plush and entertaining toy bar (sold separately)
Rock safe base and motion lock
Mesh backing provides little breezes
Smart design
Curv base provides a chic and contemporary design for baby use and adult décor
Motion lasts unassisted with a gentle push for over two minutes
Made with better for baby certified Oeko-Tex® fabric
No batteries, no cords, no buzz, no noise
Organic cotton insert is soft and light
Removable, organic cotton newborn insert provides extra comfort
Easily locks stationary for feeding or playtime
Pops out of base for easy storage and quick trips
Perfect for baby. Perfect for mom and dad. Perfect for the modern day family.
Seawal 8 pagi kami dah turun dari Hotel untuk cari sarapan pagi.
Bawak anak jalan2 sekitar pekan Semporna tu, cuci mata di Jetty Semporna.
Penat berjalan, sampai Alana sibuk minta dukung so ktorang berenti sarapan di Restoran Kampungku lebih kurang jam 9 pagi, ktorg order makanan panas je,nasi goreng.
Restoran yang kami sarapan untuk hari ke-dua (16hb Feb 2019)
Hadif macam biasalah Nasi putih telo dadar & sup kosong
Husben Sis order nasi goreng pataya
Alana yang taksub dgn straw. Kalau tk main straw tk sah..takpe la..janji duduk diam
Sedap jugak makanan kt kedai ni, harga dan rasa lebih kurang di semenanjung. Kalau korang datang sini stanby duit kecik or makanan lbh sikit sebab ramai anak2 bajau laut yang datang minta sedekah. Ada juga yg datang untuk tolong korang angkat barang2.. so nnt korang bg la upah seikhlas hati. Kesian tengok budak2 bajau ni sbb ada yang dukung adik2 mereka sekecil 7bulan ke 9bulan ada yg blm pandai berjalan lagi kutip makanan di tepi2 jalan. Kebiasaanya pelancong kt sini bagi makanan mcm biskut, maggie dan duit pada mereka.
Korang jgn terkejut di Jetty Semporna ni susah giler nak jumpa mat salleh, biasa tempat2 ber"pulau" ni ramai mat sallehkan ? Tapi di Jetty semporna ni memang boleh dikira, mat salleh yg ktorg jumpa tapi pelancong dr China memang penuh. Sampaikan orang2 di sini pandai berbahasa cina.
Ok,
Selesai sarapan, ktorang pergi ke Giant area pekan tu jugak last kopek cari bekalan makanan utk dibawa ke Pulau nanti. Stock mee segera tu confirm la kan, kami beli xtra roti utk beri pada ikan,biskut, stock jajan-jajan,bekalan air mineral untuk minum, air kotak untuk budak2, sunblock beli kt watson, coklat, 3in1 utk air panas dan gula2 untuk hilangkan rasa masin lps berendam nanti hehe...
Lbh kurang jam 12 tghhr boat kami pun sampai, perjalanan dari jetty semporna ke Pulau bum bum tu lbh kurang dalam 45 minit mcm tu, Xla jauh sgt..melalui byk perkampungan. Dalam perjalanan pun Sis dah rasa teruja. Kejap2 kuarkan fon untuk ambil gambar..hehe sis over excited 😝😝
Khairul Thaqif sementara tunggu boat sampai, (6y 16 Feb)
Selpie la dulu sementara tunggu boat sampai hehehe...
Boat dah sampai, perjalanan kami dr jetty semporna ke Lato Lato Resort selama 45 minit
Peaceeeeeee :)
Dalam perjalanan ke Lato Lato Resort, melalui beberapa perkampungan
Macam biasa tidurrrrrrrrrrr la... sedap kena anginnnnn
Alhamdulillah,
Selamat tiba di Lato Lato resort. Kami di sambut oleh Mak Cik yg lbh kurang umur awal 50an lupa plak sis nak tanya nama dia siapa. Sbb excitedkan, plus kejar anak2 sis lagi takut terjun ke laut 😝😝😝 biasalah mak mak, hanya mak mak je yg faham.
Alana & Hadif
Alana sibuk dengan flamingo dia kehulu kehilir, sis memang bawa pelampung dari rumah gigih tau letak semua dalam bag hihi
Bagi makan ikan
Mama, Thaqiffff happyyyy
Sesampai je Sis di Lato lato resort yg terletak di Pulau Bum Bum ni rasa kagum sgtt sebab cantik gilerrrr viewnya, tempat yg sgt bersih dan view yg sgt sgt sgt sgt sgt sgt cantik, berbeza jauh dgn Pulau Mabul yg kami pernah pergi tahun 2012 dulu. Memang tak sama langsung. Kat sini tiada perkampungan, hanya resort ini sahaja. Cantik, tersangat cantik. Bilik kami besar jgk 1 katil Queen size dan 2 katil single, muat sgttt utk kami 5 beranak. Kawan sis pun dapat bilik yg size sama. Memang puas hati.
Pic bilik Sis sekeluarga,maaf ini sahaja yang ada hehe.. sis bz mengejar anak, tp semua bilik di kelilingi tingkap.
Air jernih sangatt bak kaca, resort lato lato ni mengadap Bukit Bohey Dulang, memang cantikkkkk. En. Suami pun tak tahan tengok air laut memanggil terus terjun..
Lepak lu......(depan bilik sis) setiap bilik disediakan kerusi didepan bilik dan balkoni di depan & belakang.
Alana merajuk dengan abg thaqif berebut pelampung
Cantikan view ni..
Harga pakej kami 7 orang selama 5 hari 4 malam (16hb Feb - 20hb Feb 2019) RM950 seorang untuk dewasa, kanak-kanak (Hadif, thaqif & Alana) RM250.00 sorang. Pakej ni termasuk transport dr Airport (pergi & balik) ke pekan semporna, bilik kami 5 hari 4 malam 9 pulau yang kami akan lawati dan makan 3x sehari. Kami deal direct dgn owner lato lato. Tak pakai mana2 agen pun, Husben sis yang sibuk meng'google' sebelum kami ke sini. Setelah listkan beberapa pakej, kami putuskan untuk stay di lato lato. Korang boleh tengok kt website lato lato ataupun Facebook page lato lato so far Super duper berbaloi. Rasanya kalau pakai agen mybe mahal skit dari pakej sis ni. 9 Pulau tu adalah :- 1. Pulau Bum Bum (Resort Lato Lato) 2. Pulau Kapalai 3. Pulau Mabul 4. Pulau Bohey Dulang (Hiking) 5. Pulau Mentabuan 6. Pulau Sibuan 7. Pulau Timba Timba 8. Pulau Mataking 9. Pulau Pom-Pom Itinerary secara black & white memang tidak disediakan oleh pihak resort. Mereka akan susun ikut pelancong yg ada pada hari tersebut.
Total kami 5 beranak semasa di Resort Lato Lato tu RM2,400.00. So ok lah, sebab includ makan 3x sehari. Bayaran deposit rm100 seorang sebagai booking sblm kami ke sini. Balance bayar cash sewaktu checkin bilik. Layanan yg sgt mesra dari kakitangan resort lato lato.
Hari pertama kami di lato lato resort ni, aktiviti bebas je.. takde pergi ke mana-mana Pulau. Sebab kami sampai pun dh tengahari. Just makan lunch, ada minum petang kuih donut yang dihantar di pintu bilik kami, masa ni anak-anak sis dah pergi mandi, depan bilik kami tu je.. tp still perlukan pengawasan org dewasa tau, sbb arus agak kuat lagi-lagi di waktu petang (sebab air pasang) itupun anak2 dah cukup happy. Resort lato lato ni satu satunya resort yg ada kt situ. Kira mcm private la jugak. Korang blh la bawak pelampung anak2 dan bawak jaket mandi utk yg tk berapa nk confident berenang macam sis ni 😝😝😝. Resort lato lato ni memang ada sediakan tp tk banyak, kira siapa cpt dia dpt la.. Kebanyakan pelancong yg stay di resort lato lato dr China dan Malaysia.
Untuk makluman korang juga, bekalan elektrik hanya 12jam sahaja dari jam 6 ptg - 6 pagi. Tiada Aircond, tapi di sediakan 2 kipas dibilik kami (kipas stand 1, dan kipas syiling yg kecil 1) So korang bawak la power bank siap2 ye.. malam sebelum tidur caj handfon & power bank secukupnya. Keadaan bilik yang bagi sy sgt selesa. Bekalan air bersih juga disediakan. Untuk air panas boleh ambil di tempat makan. Memang sentiasa disediakan, dunt worry. Senang nak bancuh susu anak ataupun masak maggi kalau rasa2 lambat lagi nak tunggu timing makan boleh lah makan dulu untuk alas perut.
Almaklum la main airkan perut pun sentiasa lapar je...
Waktu sarapan jam 7.30 pagi, tengahari jam 12.30 dan makan malam jam 8. Minum petang kalau ada dorang akan hantar di bilik.
Walaupun tiada aircond waktu malam, tp cuaca sgt sejuk. Angin kuat. Korang bawak la jaket or cardigin pada yang jenis tk tahan sejuk korang boleh pakai waktu malam. Time siang wlwpun panas tapi sentiasa berangin, kira tak sempat berpeluh pun. Sejuk je..
Tahap kesejukan waku malam, sampaikan sis tk buka kipas pun, sebab angin kuat. View bilik yang sgt2 cantik, keliling bilik mengadap laut, mana tk syoknya, bilik plak banyak dgn tingkap. Keliling dgn air laut yg hijau, setiap bilik ada balkoni depan dan belakang. Memang view yg sgt2 cantik.
Depan dan belakang bilik juga ada kerusi utk kami lepak2 mengadap laut. Memang syok habissss! Terus lupa segala masalah... ok next kita layan gambar jer la..bia gambar jer yg story
Ready tunggu sunset Day 2 - 16 Feb 2019
Alana yang macam -macam ragam. Nasib la kat sini ramai amoi dari China suka melayan dia hehehe
Sis & Hubby (Still dalam mood anniversary, alhamdulillah dah 9 tahun usia perkahwinan kami)
Malam hari - sejuk dan angin kuat.
Day 3, sambung di next page plak.. Thanks sudi cuci mata di blog saya.
Untuk sesiapa yang terlepas baca perjalanana day 1 saya boleh click di link ini TEKAN SINI DAY 1
Sebenarnya terlupa password tu yang tak terupdate blog hahahahaha plus bz menguruskan anak2 dan hal2 semasa ... bisneswomen yang gigih la katakan hahahaha....
Ok2, nak start story trip sis bg tahun 2019 ni ke Lato Lato Resort di Pulau Bom Bom, Semporna Sabah.
Trip tahun ni sis mula bercuti dari 15hb Feb hingga 20hb Feb 2019 total 6 hari semuanya.
Flight ticket sebenarnya sis dah beli awal lagi. Setahun yang lepas. Selepas balik dr trip boracay tahun 2018.
Dapat murah jugak RM280 MAS AIRLINE seorang utk pergi balik. Anak2 dalam RM190 gitu. Tk fikir panjang memang terus grab je masa tu.
Trip kali ni, boleh dikira last minit decide jgk setelah byk halangan dan pancaroba akhirnya my hubby decide utk pergi jugak. Itupun selang 4 hari sebelum kami fly. Alhamdulillah nasib ada hotel kosong lagi. Tq my hubby sudi jgk adakan masa utk kami anak beranak 💋💋💋
So 15hb Feb tu flight kami seawal 730 pagi. Sis pergi anak beranak 5 orang (Hadif 9y, Thaqif 6y, Alana 3y+) 2 orang bff sis yang selalu travel sama. Total 7 orang.
yuhuuuuuu..akhirnya ON jugak trip tahun ni. Alhamdulillah....
Sis & Alana di Airport Klia, sementara tunggu flight ready
Sis & my bff kak ckin
Me & Kak Ckin ready to fly
Alhamdulillah, selamat sampai ke Airport Tawau jam 10.30 pagi. Seterusnya transport kami dari airport ke Pekan Semporna diuruskan oleh Lato Lato Resort (Includ dalam pakej). Perjalanan lebih kurang sejam lebih dari Airport ke hotel kami. Agak boring, takde view yang menarik, hanya pandangan kelapa sawit je sepanjang perjalanan so apa lagi sambung tido jer la...
Sekitar jam 12.00tghhr kami sampai di Hotel Sipadan INN II,
Hari pertama kami stay di Pekan Semporna dulu. Memandangkan Resort Lato Lato yang kami tempah tu penuh pada tarikh tersebut (sebab last minit decidekan tu yg penuh).
Hotel Sipadan Inn II yang betul2 terletak di Jetty Semporna. Tempat yang sgt strategic sebab dekat dgn jetty, kedai makan dan kedai2 runcit. (Sipadan Inn ni ada banyak tau, make sure tgk betul2 takut ada yg jauh dr Pekan Semporna)
Untuk malam pertama Sis di Sabah, Kami stay di bajet Hotel Sipadan Inn II, ok jugak pekan ni senang cari makan. Hikmah disebalik kami tak dapat check in awal di Lato Lato resort ni dapatlah kami makan seafood yg super duper murah dan fresh. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yg terbaik bt hambaNya. Kalau tak mesti ktorg tk merasa pengalaman mcm ni.
Ok, apa yg bestnya Hotel Sipadan Inn II berdekatan dgn kedai2 utk beli barang2 keperluan in case kalau ada brg tertinggal. Ada giant kecil berdekatan dgn hotel kami, watson pun ada, dobi, pasar basah, kedai makan memang byk. Hotel bajet kami semalaman RM150.00, actly bilik tu kecik utk kami 5 beranak. Tp dah tu je yg tinggal sbb last minit booking so Ok la sebab utk tidur semalaman je..
Anak-anak sis yg excited
Dah check-in, letak bag dulu untuk lunch and jalan - jalan area jetty semporna
View dari Jetty Semporna belakang hotel kami Sipadan INN II
Ok nk citer malam Sis di Pekan Semporna yg menariknya adalah part Dinner. Seafood sooooo heaven. Kalau korang dtg sini harusssss la cuba. Shopping seafood di Pasar dorang lepastu boleh upah masak area restoran area situ.
Pasar basah untuk beli lauk for dinner
Add caption
harga ketam sebesan tu rm20.00
udang pun sama rm20.00 sebesen
Korang blh beli seafood di pasar area jetty berdekatan, pastikan korang tawar menawar harga kaw kaw ye Lauk tu korang blh cari restoran yg berdekatan utk upah masak. Upah masak utk dinner sis malam ni hanya RM50.00 tidak termasuk nasi. So kira murah sgt la.. sebab ada byk jenis makanan.
Restoran yang Sis makan untuk dinner (boleh minta upah masak) Seaview Seafood Restoran,Semporna Sabah
yeyeyeye ready dah makanan untuk dinner, kami beli ikan kerapu size sederhana 2 ekor, udang, kupang & ketam. Upah masak RM50 cukuplah untuk kami 7 orang makan, ada order sayur untuk tambahan dan ABC yg sedapppppp, korang kena try ABC kedai ni memang sedap.. (pic ABC lupa plak nk snap)
Selesai makan malam, perut pun dh kenyang, kami balik semula ke hotel untuk rehatkan badan. Hari kedua saya akan ceritakan di sini. (Click untuk cerita selanjutnya)