Friday, 26 September 2014

E N J O Y B R E A S T F E E D I N G

Apa perancangan anda hari minggu ni?

Balik kampung?
Shopping?
Tengok Movie?

Setiap perkara yang kita ingin lakukan pastinya kita akan berasa enjoy. Sebab kita suka dan rasa tak sabar ingin lakukan aktiviti tersebut.

Begitu juga dengan breastfeeding. Pastikan anda enjoy dengan apa yang anda lakukan. Jangan rasa terbeban ataupun menyerabutkan fikiran anda setiap kali ingin mengejar stok susu.

Apa yang saya lakukan,untuk saya sentiasa enjoy dalam breastfeeding iaitu selalu fikir benda-benda +ve. Atau tidak menghadkan sesuatu perkara hanya untuk breastfeed.Contohnya seperti berpakaian. Jangan fikir kita tak mampu bergaya seperti org lain.

Dan saya juga akan fikir benda yang saya takkan dapat bila saya tak beri susu ibu. Apa lagi.. kalau bukan bakar lemak secara semulajadi hahahaha.. dan yang penting dapat melihat si comel sihat dan aktif. Sambil mengumpul saham-saham akhirat.

Saya taknak rasa terbeban atau mengikat diri saya dengan benda yang boleh menganggu gugat emosi saya. Sebab ianya secara langsung akan menganggu kuantiti dan kualiti susu ibu.

Jadi buat ibu-ibu diluar sana. Yang masih berkira2 merasakan susu ibu ini menyusahkan dan membeban, jom mulakan dengan fikir benda2 yang +ve terlebih dahulu dan Mari kita sama-sama enjoy dalam melengkapkan penyusuan susu ibu selama 2tahun.

Salam hujung minggu.

Sekiranya anda rasa entri ini berguna pada yang lain mohon LIKE & SHARE

#pump4mama



No comments:

Post a Comment

Nazurah Mat Arif