Wednesday, 3 December 2014

APA NAK BUAT?

Ramai lg rupanya ibu-ibu yang punya masalah kurang susu tapi tak tau jalan penyelesaiannya.

Back to formula. Susu ibu akan meningkat sekiranya punya permintaan yang tinggi. Jika banyak permintaan. Banyak la hasilnya. Kurang permintaan. Kuranglah hasil. Mudah sahaja.

Jika anda berada dalam situasi ini skrg. Benda pertama y anda harus lakukan ialah. Jadual pumping. Set masa anda. pastikan anda displin dengan masa yang anda sendiri tentukan. Kerapkan masa mengepam lebih dr biasa. Ataupun jika anda risau takut rakan sekerja atau majikan cari kerana anda kerap menghilangkan diri utk pergi mengepam. Cuba panjangkan masa mengepam lbh dr biasa. Kalau selalu pump 20minit tarik sehingga 40 minit bg setiap sesi. Sambil pump sy suggest ibu2 untuk minum air suam.

Tambahkan sesi mengepam di kala tengah malam. Kerana ketika itu hormon susu lebih aktif dan merangsang pengeluaran susu dgn lbh byk. Tandem pumping juga bagi sy sgt membantu. Kerana ianya merangsang kedua-dua belah payudara berkerja dalam waktu yang sama. Hasilnya juga pasti lebih lumayan.

Dan yang terakhir ialah power pumping. In sha Allah pasti memberi kesan yang +ve. Tapi kesemua syarat diatas tetap memerlukan tahap kesabaran yang tebal. Hasilnya juga bukan boleh terus nampak. Memakan masa dan bergantung pada individu. Pastikan ibu menyusu mengambil makanan y cukup 6x sehari. air 3 liter sehari dan banyakkan berdoa kepada Sang Pencipta. Mudah mudahan Allah swt permudahkan segala urusan ibu2 menyusu semua. In Sha Allah dgn izin Allah pasti semuanya akan berjalan lancar dan mampu meneruskan niat menyusu sehingga 2tahun. Amin.

BERIKAN SUSU IBU PADA ANAKMU KERANA ITU HAK MEREKA.

Ikhlas Kongsi dr Hati.

Sekiranya anda rasa entri ini mungkin berguna pada org lain jemput LIKE & SHARE.

#pump4mama
#sayajual
#breastpumpmurah



No comments:

Post a Comment

Nazurah Mat Arif