Monday, 3 August 2015

CONFIUS PUTING SEJAK AZALI

Salam ibu2 menyusu semua.

Lamanya tak menulis tentang tips2 penyusuan lately ni. Saya mohon maaf pada ibu2 yang PM saya yang masih belum berbalas. In sha allah saya akan cuba balas satu persatu.

Ada tak ibu2 yang menyusu mengalami masalah penyusuan seperti ini, anak tidak mahu menyusu sejak azali lagi.

Walaupun sudah cuba berkali2 tapi bayi masih menolak dan mengamuk ketika diberikan susu ibu secara direct. Rasa penatkan? Setiap hari hampir 6-7 kali perlu mengepam. Ada yang lebih cekal sehingga 10x mengepam setiap hari. Dan kerap terkena bengkak susu kerana kadang2 terskip waktu pumping atau terlebih makan.

Saya sangat tabikkk spring pada ibu2 yang fully pumping utk beri yang terbaik kepada anak tersayang. Bukan senang dan mudah tau. Ke hulu ke hilir perlu membawa breastpump. Walaupun baby ada disisi.

Ok apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda sebagai ibu yang mengalami masalah seperti ini.

1. CUBA KENAL PASTI SIGNAL BAYI LAPAR
Cuba kenal pasti signal2 yang bayi anda berikan ketika lapar. Contohnya seperti menjilat2 bibir. Menghisap2 sarung tangan. Sebelum bayi anda menangis kelaparan tahap maxima cuba berikan susu ibu dahulu secara terus kepada bayi. Kerana kebiasaannya setiap bayi akan memberi 4x signal kelaparan sebelum menangis. Atau suakan nipple ibu ke mulut bayi.

2. SEKIRANYA BAYI ANDA SUDAH MENANGIS DAN MENGAMUK AKIBAT KELAPARAN.
Cuba untuk pujuk bayi anda terlebih dahulu sebelum memberi susu ibu. Sehingga tangisan bayi anda reda dan tidak menangis meronta2. Sekiranya anda masih teruskan utk beri susu ibu secara direct ketika itu sememangnya tidak akan berjaya.

3. CUBA DAN TERUS CUBA
Ye, cuba dan terus mencuba untuk beri susu ibu secara direct kepada bayi anda. Walaupun anak anda akan menolak dan mengamuk berulang kali.

Apa yang saya pernah alami dulu memang memakan masa yang lama untuk berjaya. Saya hampir  putus asa. Memerlukan kesabaran yang tinggi dalam keadaan emosi yang kurang stabil dan penat selepas bersalin. Alhamdulillah berkat sabar dan doa serta sokongan dari suami serta tunjuk ajar dari beberapa org nurse di hospital hari ke7 baru saya berjaya memberi susu ibu secara direct. Apa yang saya lakukan ialah memberhentikan pemberian susu botol dengan serta merta. Beri susu ibu hanya menggunakan syringe. Kerap suakan nipple pada mulut bayi. Walaupun ketika itu bayi sedang tidur. Selalu bercakap pd bayi agar beri kerjasama untuk permudahkan perjalanan penyusuan. Ibu2 harus berfikiran +ve dan jangan stress.

Kerana apabila anda stress ianya akan menganggu hasil susu. Dan ada kalanya susu ibu tidak akan keluar kerana terlalu tertekan.

Berdoalah pada Allah.. kerana ianya adalah tempat yang terbaik untuk mengadu. Berusaha dengan niat yang baik mudah mudahan segala urusan penyusuan ibu2 semua dipermudahkan.

Apa yang berlaku pada saya hampir 2tahun yang lalu mengajar saya agar tidak pernah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk beri yang terbaik pada anak tersayang. Segala ilmu yang dipelajari mudah mudahan dapat diguna pakai untuk ibu2 baru yang masih bertatih dalam alam penyusuan.

Di harap sedikit sebanyak tips dan pengalaman yang dikongsikan dapat membantu ibu-ibu semua. Good luck dan semoga ibu2 yang membaca ini berjaya untuk beri susu ibu sehingga 2tahun. Amin.

Wasalam.

FB : Nazurah Mat Arif
Instagram : PUMP4MAMA

-Rakan Laktasi Anda-



No comments:

Post a Comment

Nazurah Mat Arif