Friday, 22 February 2019

DAY 2 TRIP TO LATO LATO RESORT

Seawal 8 pagi kami dah turun dari Hotel untuk cari sarapan pagi.

Bawak anak jalan2 sekitar pekan Semporna tu, cuci mata di Jetty Semporna. 

Penat berjalan, sampai Alana sibuk minta dukung so ktorang berenti sarapan di Restoran Kampungku lebih kurang jam 9 pagi, ktorg order makanan panas je,nasi goreng.
Restoran yang kami sarapan untuk hari ke-dua (16hb Feb 2019)
Hadif macam biasalah Nasi putih telo dadar & sup kosong
Husben Sis order nasi goreng pataya
Alana yang taksub dgn straw. Kalau tk main straw tk sah..takpe la..janji duduk diam
Sedap jugak makanan kt kedai ni, harga dan rasa lebih kurang di semenanjung. Kalau korang datang sini stanby duit kecik or makanan lbh sikit sebab ramai anak2 bajau laut yang datang minta sedekah. Ada juga yg datang untuk tolong korang angkat barang2.. so nnt korang bg la upah seikhlas hati. Kesian tengok budak2 bajau ni sbb ada yang dukung adik2 mereka sekecil 7bulan ke 9bulan ada yg blm pandai berjalan lagi kutip makanan di tepi2 jalan. Kebiasaanya pelancong kt sini bagi makanan mcm biskut, maggie  dan duit pada mereka. 

Korang jgn terkejut di Jetty Semporna ni susah giler nak jumpa mat salleh, biasa tempat2 ber"pulau" ni ramai mat sallehkan ? Tapi di Jetty semporna ni memang boleh dikira, mat salleh yg ktorg jumpa tapi pelancong dr China memang penuh. Sampaikan orang2 di sini pandai berbahasa cina. 

Ok, 
Selesai sarapan, ktorang pergi ke Giant area pekan tu jugak last kopek cari bekalan makanan utk dibawa ke Pulau nanti. Stock mee segera tu confirm la kan, kami beli xtra roti utk beri pada ikan,biskut,  stock jajan-jajan,bekalan air mineral untuk minum, air kotak untuk budak2, sunblock beli kt watson, coklat, 3in1 utk air panas dan gula2 untuk hilangkan rasa masin lps berendam nanti hehe... 

Lbh kurang jam 12 tghhr boat kami pun sampai, perjalanan dari jetty semporna ke Pulau bum bum tu lbh kurang dalam 45 minit mcm tu, Xla jauh sgt..melalui byk perkampungan. Dalam perjalanan pun Sis dah rasa teruja. Kejap2 kuarkan fon untuk ambil gambar..hehe sis over excited 😝😝

Khairul Thaqif sementara tunggu boat sampai, (6y 16 Feb)
Selpie la dulu sementara tunggu boat sampai hehehe...
Boat dah sampai, perjalanan kami dr jetty semporna ke Lato Lato Resort selama 45 minit

Peaceeeeeee :)

Dalam perjalanan ke Lato Lato Resort, melalui beberapa perkampungan

Macam biasa tidurrrrrrrrrrr la... sedap kena anginnnnn
Alhamdulillah,
Selamat tiba di Lato Lato resort. Kami di sambut oleh Mak Cik yg lbh kurang umur awal 50an lupa plak sis nak tanya nama dia siapa. Sbb excitedkan, plus kejar anak2 sis lagi takut terjun ke laut 😝😝😝 biasalah mak mak, hanya mak mak je yg faham.















Alana & Hadif

Alana sibuk dengan flamingo dia kehulu kehilir, sis memang bawa pelampung dari rumah gigih tau letak semua dalam bag hihi
Bagi makan ikan
Mama, Thaqiffff happyyyy
Sesampai je Sis di Lato lato resort yg terletak di Pulau Bum Bum ni rasa kagum sgtt sebab cantik gilerrrr viewnya, tempat yg sgt bersih dan view yg sgt sgt sgt sgt sgt sgt cantik, berbeza jauh dgn Pulau Mabul yg kami pernah pergi tahun 2012 dulu. Memang tak sama langsung. Kat sini tiada perkampungan, hanya resort ini sahaja. Cantik, tersangat cantik. Bilik kami besar jgk 1 katil Queen size dan 2 katil single, muat sgttt utk kami 5 beranak. Kawan sis pun dapat bilik yg size sama. Memang puas hati. 


Pic bilik Sis sekeluarga,maaf ini sahaja yang ada hehe.. sis bz mengejar anak, tp semua bilik di kelilingi tingkap. 
Air jernih sangatt bak kaca, resort lato lato ni mengadap Bukit Bohey Dulang, memang cantikkkkk. En. Suami pun tak tahan tengok air laut memanggil terus terjun..








Lepak lu......(depan bilik sis) setiap bilik disediakan kerusi didepan bilik dan balkoni di depan & belakang.

Alana merajuk dengan abg thaqif berebut pelampung

Cantikan view ni..
Harga pakej kami 7 orang selama 5 hari 4 malam (16hb Feb - 20hb Feb 2019)  RM950 seorang untuk dewasa, kanak-kanak (Hadif, thaqif & Alana) RM250.00 sorang. Pakej ni termasuk transport dr Airport (pergi & balik) ke pekan semporna, bilik kami 5 hari 4 malam 9 pulau yang kami akan lawati dan makan 3x sehari.  Kami deal direct dgn owner lato lato. Tak pakai mana2 agen pun, Husben sis yang sibuk meng'google' sebelum kami ke sini. Setelah listkan beberapa pakej, kami putuskan untuk stay di lato lato. Korang boleh tengok kt website lato lato ataupun Facebook page lato lato so far Super duper berbaloi. Rasanya kalau pakai agen mybe mahal skit dari pakej sis ni. 

9 Pulau tu adalah :-

1. Pulau Bum Bum (Resort Lato Lato)
2. Pulau Kapalai
3. Pulau Mabul
4. Pulau Bohey Dulang (Hiking)
5. Pulau Mentabuan
6. Pulau Sibuan
7. Pulau Timba Timba
8. Pulau Mataking
9. Pulau Pom-Pom 

Itinerary secara black & white memang tidak disediakan oleh pihak resort. Mereka akan susun ikut pelancong yg ada pada hari tersebut. 

Total kami 5 beranak semasa di Resort Lato Lato tu RM2,400.00. So ok lah, sebab includ makan 3x sehari. Bayaran deposit rm100 seorang sebagai booking sblm kami ke sini. Balance bayar cash sewaktu checkin bilik. Layanan yg sgt mesra dari kakitangan resort lato lato. 

Hari pertama kami di lato lato resort ni, aktiviti bebas je.. takde pergi ke mana-mana Pulau. Sebab kami sampai pun dh tengahari. Just makan lunch, ada minum petang kuih donut yang dihantar di pintu bilik kami, masa ni anak-anak sis dah pergi mandi, depan bilik kami tu je.. tp still perlukan pengawasan org dewasa tau, sbb arus agak kuat lagi-lagi di waktu petang (sebab air pasang) itupun anak2 dah cukup happy. Resort lato lato ni satu satunya resort yg ada kt situ. 

Kira mcm private la jugak. Korang blh la bawak pelampung anak2 dan bawak jaket mandi utk yg tk berapa nk confident berenang macam sis ni 😝😝😝. Resort lato lato ni memang ada sediakan tp tk banyak, kira siapa cpt dia dpt la.. Kebanyakan pelancong yg stay di resort lato lato dr China dan Malaysia. 




Untuk makluman korang juga, bekalan elektrik hanya 12jam sahaja dari jam 6 ptg - 6 pagi. Tiada Aircond, tapi di sediakan 2 kipas dibilik kami (kipas stand 1, dan kipas syiling yg kecil 1) So korang bawak la power bank siap2 ye.. malam sebelum tidur caj handfon & power bank secukupnya. Keadaan bilik yang bagi sy sgt selesa. 

 Bekalan air bersih juga disediakan. Untuk air panas boleh ambil di tempat makan. Memang sentiasa disediakan, dunt worry.  Senang nak bancuh susu anak ataupun masak maggi kalau rasa2 lambat lagi nak tunggu timing makan boleh lah makan dulu untuk alas perut.

Almaklum la main airkan perut pun sentiasa lapar je...

Waktu sarapan jam 7.30 pagi, tengahari jam 12.30 dan makan malam jam 8. Minum petang kalau ada dorang akan hantar di bilik. 

Walaupun tiada aircond waktu malam, tp cuaca sgt sejuk. Angin kuat. Korang bawak la jaket or cardigin pada yang jenis tk tahan sejuk korang boleh pakai waktu malam. Time siang wlwpun panas tapi sentiasa berangin, kira tak sempat berpeluh pun. Sejuk je.. 

Tahap kesejukan waku malam, sampaikan sis tk buka kipas pun, sebab angin kuat. View bilik yang sgt2 cantik, keliling bilik mengadap laut, mana tk syoknya, bilik plak banyak dgn tingkap. Keliling dgn air laut yg hijau, setiap bilik ada balkoni depan dan belakang. Memang view yg sgt2 cantik. 
Depan dan belakang bilik juga ada kerusi utk kami lepak2 mengadap laut. Memang syok habissss! Terus lupa segala masalah... ok next kita layan gambar jer la..bia gambar jer yg story 

Ready tunggu sunset Day 2 - 16 Feb 2019




Alana yang macam -macam ragam. Nasib la kat sini ramai amoi dari China suka melayan dia hehehe

Sis & Hubby (Still dalam mood anniversary, alhamdulillah dah 9 tahun usia perkahwinan kami)




Malam hari - sejuk dan angin kuat.

Day 3, sambung di next page plak.. Thanks sudi cuci mata di blog saya.

Untuk sesiapa yang terlepas baca perjalanana day 1 saya boleh click di link ini TEKAN SINI DAY 1




1 comment:

Nazurah Mat Arif