Tuesday, 1 July 2014

ANAKKU SI PRAMATANG BAHAGIAN I


Syukur kehadrat Illahi sudah 4 hari kita semua menyambut Ramadhan pada tahun ni.

Di entri kali ini saya ingin kongsikan serba sikit mengenai penjagaan bayi pramatang. Mungkin entri ini dapat dijadikan rujukan buat ibu-ibu dimasa akan datang.

Alhamdulillah walaupun anak saya dilahirkan awal hampir 6minggu sebelum tarikh yang sepatutnya..syukur thaqif sihat tanpa sebarang penyakit yang serius.

Sedikit ilmu yang saya ingin kongsikan sepanjang 7 hari saya berada di hospital :-

1. BREASTFEEDING

Terima Kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada Hospital KPJ Kota Bharu, Kelantan kerana sangat menekankan breastfeeding pada setiap ibu ibu yang melahirkan. Konsultasi berkenaan penyusuan memang tip top banyak benda saya dan suami belajar. Thaqif pada 3hari pertama tidak pandai direct breastfeeding :(, stress memang stress.

Nak meroyan juga dibuatnya. 3hari juga la thaqif hisap susu pakai syringe dengan hasil perahan dari pump. Mujur dah beli breastpump sebelum bersalin sebagai persediaan.
Terpaksa turun naik katil berulang kali untuk susukan thaqif, masa tu dah rasa seperti orang tidak berpantang sebab terpaksa uruskan semua keperluan baby sendiri. 

Alhamdulillah hari ke4 Allah mendengar doa saya, thaqif dah pandai hisap direct tp mase tu thaqif dah start kuning plak. So terpaksa tahan lagi untuk pantau tahap jaundis.

2. CARA MEMANDIKAN BAYI

Cara memandikan bayi lebih kurang sama seperti bayi-bayi lain.. cuma bezanya bayi pramatang kecil, berbanding bayi2 cukup bulan yang lain. Size thaqif dulu hanya sebesar lengan saja.. kecik sangat sampai boleh nampak bentuk-bentuk tempurung kepala.

Apa yang saya lakukan masa mandikan bayi. Just lap-lap dengan tual basah yang agak2 suam kuku.Ingat ya, bayi pramatang kecil dan tiada lemak, jangan sesekali anda terfikir untuk mandikan anak anda dengan air paip direct sangat merbahaya. 

Kejutan daripada air yang sejuk boleh menyebabkan bayi mati secara mengejut. Cepat2 pakaikan baju setelah dimandikan takut anak anda kesejukan. Hampir sebulan lebih juga thaqif hanya pakai baju sahaja selepas mandi...sebab semua baju yang sedia ada besar untuk dia, walaupun size Newborn. Tapi sekarang.... baju size dia dah tak muat untuk umur thaqif. Kena beli 2 kali size besar dari umur sebenar. Alhamdulillah.... :D

3. MENGURUT


Setiap kali tukar lampin pakai buang atau, lepas mandi saya rajin mengurut seluruh badan thaqif.Tak kira la dengan losyen atau minyak .Petua orang lama, kalau nak anak cepat besar dan daging pejal kerap la urut badan anak. Urutan secara memusing lawan arus jam. Alhamdulillah petua ini memang menjadi. thaqif membesar bagaikan johan sekarang.

4. KERAPKAN BREASTFEEDING

Yang ni mungkin sudah biasa, Jika bukan bayi pramatang pun, bayi cukup bulan juga diWAJIBkan untuk kerapkan menyusu.

Buat ibu ibu yang istimewa kuatkan semangat untuk berikan SUSU IBU pada bayi pramatang anda,memang ada sesetengah bayi pada awalnya tak pandai hisap direct breastfeed tapi berSABARlah.. in sha ALLAH,tambah-tambah lagi jika bayi anda seorang bayi pramatang kerana bayi pramatang memerlukan susu ibu. Bayi pramatang mudah terkena jangkitan virus atau kuman kerana antibodi mereka yang agak lemah. 

SUSU IBU lah yang akan membantu mereka melawan segala jenis virus atau kuman daripada terkena sebarang jenis jangkitan. Pesanan ini sangat penting kerana SUSU IBU mempunyai vitamin yang sangat lengkap untuk anak anda. 

5. BEDUNG ATAU SELIMUTKAN BAYI ANDA!

Yup, bedung atau selimutkan anak anda. Kerana bayi pramatang kecil dan kurang lemak. Jika anda bedung dan selimutkan bayi anda ini mungkin akan membantu memanaskan badan bayi anda dan selesa untuk tidur lebih nyenyak. 

6. KERAP TIDUR

Bayi pramatang juga kerap tidur, bayi pramatang akan tidur lebih lama berbanding dengan bayi normal biasa. Sebab ketika ini, mereka sepatutnya masih berada di dalam perut Ibu lagi. Bayangkan anak saya boleh tidur dari jam 11 pagi sehingga jam 5 petang tanpa bangun untuk minum susu. Ibu kena mainkan peranan yang betul, lagi-lagi kalau bayi anda terkena jaundis. Kena kerap kejutkan bayi untuk menyusu. 

Ok, sekian saja entri saya kali ini. Saya tinggalkan gambar-gambar perkembangan thaqif dari hari ke hari.

Thaqif baru lepas mandi di Hospital hari ke2
Thaqif di Hospital hari ke4

Thaqif hari ke 10 nak bawak check tahap jaundis otw ke hospital. Alhamdulillah dah tak kena warded semula. :)

thaqif dalam pantang

selepas 40hari

 Bergambar dengan Abang hadif, masa ni thaqif hampir hari ke 90




Thaqif dah 6 bulan.


Gambar terkini dah 8bulan ++



Salam Sayang,









Zura :) 

Fan Page : Nazurah BreastPump
019 215 3391 w/app
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
(id : 1148931)


No comments:

Post a Comment

Nazurah Mat Arif