Semalam dapat balik berbuka puasa di Kampung, bersama Keluarga tersayang. Semua berkumpul macam-macam cerita yang kami kongsikan.
Kebetulan sekarang ni tengah musim manggis & rambutan.. apa lagi, lepas berbuka pencuci mulut rambutan la... hehehe feberat saya tu!
Syukuralhamdulillah YA ALLAH atas rezeki dan nikmatmu sehingga ke hari ini.
Bezanya tahun ni, puasa saya bertemankan "PUMP SUSU" yang tak pernah lengkang jauh dari saya...memang saya ke hulu ke hilir membawa kawan baik saya dan sibuk mengumpul stok susu demi anak tersayang.
Kalau tahun lepas Ramadhan disambut dengan bayi masih didalam perut,
Tahun ini Ramadhan lebih meriah, KHAIRUL THAQIF membawa lebih kebahagiaan buat kami suami isteri, dan juga keluarga besar kami yang lain.
SERONOK! MEMANG SERONOK!
Sampai tak terkejar mama di buatnya. Tambah pulak Thaqif seorang anak yang pemakan dan aktif, bagilah apa kat dia semua disumbat ke mulut , seolah-olah macam tak kenal erti kenyang! berbeza dengan abangnya Khairul Hadif dulu. hehehe thaqif....thaqif...
Hari ni 30 Jun 2014, umur thaqif 8bulan ++ stok susu semakin hari semakin berkurangan sebab kuatnya si anak pramatangku ini menyusu (30oz, 8jam + bubur nasi 2x makan) Syukuralhamdulillah kamu ingin membesar bagaikan Johan ye sayangggg...
Mudah-mudahan niat mama untuk menyusukan kamu sehingga 2 tahun tercapai dan mama tidak mudah untuk patah semangat.
Puasa kali ini, memang mencabar buat saya sebagai seorang ibu, pertama kalinya menyusukan anak dan mengumpul stok yang tinggal nyawa-nyawa ikan huhuhu... In sha Allah apa saja demi kamu anakku! Mama akan usahakan yang terbaik.
Apa yang saya amalkan untuk sentiasa bertenaga dan kekalkan stok susu saya mencukupi. Mungkin tips yang saya kongsikan ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu yang lain :-
* Saya akan Bangun di tengah malam untuk pumping,sebab masa ni Hormon Prolaktin tengah aktif.
Apa itu Hormon Prolaktin?
Adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari. Kelenjar kecil ini terletak didalam otak dan bertanggungjawap terhadap banyak proses proses fisilogi dalam badan anda. Ia ada pada lelaki dan perempuan dan di lepaskan pada masa-masa tertentu sepanjang hari dan malam. Prolaktin terdapat dengan banyaknya pada ibu yang menyusukan anak kerana ia adalah hormon penting untuk pengeluaran susu.
* Pengambilan air yang cukup setiap hari 3-4liter sehari
* KURMA & KISMIS - Saya seorang yang suka makan kudap kudapan, jadi saya akan amalkan kurma sebagai jajan saya! KURMA juga boleh dijadikan sebagai milkbooster semulajadi.
* Makan SAYUR HIJAU GELAP- saya suka Sawi Bunga or kailan.
* Amalkan minum SUSU campur OAT - Yang ni memang saya amalkan sewaktu sahur dan ketika nak tidur malam..tapi saya amalkan ESP sebagai pengganti SUSU. Alhamdulillah memang kekal bertenaga :)
* Pantang AIS - yang ni memang payah...tapi terpaksa! kalau tak memang saya sendiri akan rasa SUSU drop sikit dari biasa.
* Berbuka & Bersahur dengan makanan yang berkabohidrat tinggi - Saya memang akan mengambil Nasi ketika berbuka dan bersahur untuk hasilkan susu yang meriah. No diet, diet.
* Tetapkan jadual pumping dan displin ketika di pejabat.
* Last sekali saya akan kerap buat tandem pumping time malam untuk dapatkan stok banyak sikit dari waktu siang hari.
OK sekian saja untuk entri kali ni. In Sha Allah saya akan kongsikan lebih banyak lagi tips dan pengalaman saya di entri yang akan datang. Saya tinggalkan pic duck face thaqif untuk auntie-auntie semua.
Salam sayang
Zura.
No comments:
Post a Comment
Nazurah Mat Arif