Diharap para pembaca Nazurahbreastpump berada dalam keadaan sihat dan diberkati
ALLAH s.w.t hendaknya.
Hari ni saya, nak kongsikan beberapa tips berkenaan Bulan Ramadhan kehamilan dan penyusuan diharap dengan entri kali ini dapatlah ibu-ibu semua membuat persediaan menjelang Bulan Ramadhan tak lama lagi.
Selamat membaca!
Dalam keghairahan kita menyambut ramadhan, lengkapkan dengan ilmu untuk
mengelakkan risiko yang tak diingini.
Bagi wanita mengandung yang
mengalami alahan atau morning sickness, sebenarnya terdapat beberapa
faktor yang memberikan rukhsah atau kelonggaran bagi golongan ibu hamil
ini untuk tidak berpuasa.
Ditambah lagi bagi
mereka yang menghadapi komplikasi penyakit yang kronik seperti kencing
manis (diabetes mellitus),penyakit buah pinggang, tekanan darah tidak
normal seperti hipertensi dan anemia ketika hamil. Ini kerana sesetengah
penyakit yang disebutkan tadi, sebagai contoh diabetes mellitus
memerlukan pesakit mengambil ubat tepat pada waktunya bagi mengelakkan
risiko yang lebih buruk terjadi.
Apabila tahap kesihatan seseorang ibu itu tidak baik, beliau disarankan untuk tidak berpuasa samada ketika sedang hamil atau menyusui anaknya. Setiap ibu harus memastikan tahap kesihatannya baik supaya bayi dalam kandungan atau yang disusui tidak terjejas. Ibu yang mempunyai penyakit seperti dibawah disarankan agar tidak berpuasa :
- Ibu yang mengalami alahan yang teruk semasa hamil. Ibu ini sentiasa lemah, berasa mual dan mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam tubuh kerana muntah dengan kerap. Semasa peringkat ini, ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang penuh berkhasiat.
- Ibu yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Biasanya,pesakit ini memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, penyakit menjadi tidak terkawal dan perkembangan bayi dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas.
- Ibu yang mengalami anemia atau kekurangan darah semasa hamil. Keadaan boleh menjadi lebih teruk semasa berpuasa.
- Ibu itu sendiri merupakan seorang pesakit jantung.
- Ibu yang mengalami pendarahan semasa hamil.
Ramadhan hanya sekali. Belum tentu kita bertemu Ramadhan yang lain pd masa akan datang.
Apa yang penting adalah memohon pertolongan dari Allah. Seeloknya masa sahur dan berbuka minum air masak secukupnya.. ;)
Adakah Ibu Yang Hamil Boleh Berpuasa?
Kehamilan merupakan satu perubahan fisiologi yang normal oleh itu, ibu yang hamil bukanlah seorang pesakit dan seharusnya menjalani kehidupan seperti biasa.
Perkara yang penting ialah ibu perlu memastikan tahap kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungannya. Tahap kesihatan ini mencukupi sepanjang tempoh hamil dan ibu perlu sentiasa menepati setiap temujanji pemeriksaan antenatal.
Jika semuanya berada dalam keadaan baik dan terkawal, maka ibu boleh berpuasa seperti biasa. Namun, jika sebaliknya, maka bakal ibu tidak digalakkan untuk berpuasa. Factor utama yang menentukan kebolehan seseorang ibu untuk berpuasa semasa hamil ialah tahap kesihatan dan pemakanan yang baik.
Hal ini demikian, kerana pemakanan ibu akan mempengaruhi tumbesaran janin dan juga proses penghasilan susu yang bermula sejak dari awal kandungan lagi.
Harus diingatkan apabila ibu berpuasa, bayi dalam kandungannya tidak turut berpuasa. Sebenarnya, bayi dalam kandungan boleh mengambil terus makanan yang diperlukan melalui uri. Fungsi uri adalah untuk mengirimkan makanan yang diperlukan oleh janin dalam kandungan ibu secara berterusan. Oleh itu, ibu yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan kesihatannya terjejas. Namun, ini tidak bermakna ibu harus makan untuk dua kali lebih banyak kerana pemakanan yang berlebihan juga akan memudaratkan diri sendiri.
Fasa trimester ketiga merupakan masa tumbesaran yang paling hebat dan berat janin akan bertambah dengan cepat. Namun demikian, tumbesaran janin sebenarnya berlaku dengan pesat bermula dari minggu ke-12 sehinggalah ke minggu ke-36. Setiap organ mempunyai waktu tumbesaran kritikalnya yang tersendiri. Sebagai contoh, waktu untuk tumbesaran kritikal untuk otak adalah pada minggu ke-18 kandungan. Oleh itu, ibu hendaklah mengambil makanan seimbang sepanjang tempoh hamil.
Sebenarnya, pemakanan ibu baik hendaklah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Jika seseorang ibu menjaga pemakanannya sejak dari kecil, factor ini akan mempengaruhi status pemakanannya apabila sudah dewasa dan khususnya semasa hamil.
Namun, masih tidak terlambat untuk ibu yang tidak mempunyai gaya pemakanan yang sihat pada masa muda untuk mengubah cara pemakanan apabila mereka hamil. Semasa ibu membuat temujanji yang pertama di klinik antenatal, datah ibu akan diambil untuk menetukan sel darah merah. Aras sel darah merah yang baik adalah antara 11-12mg/dl. Maknanya, ibu mempunyai sel darah merah yang mencukupi untuk membekalkan nutrient dan oksigen bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk bayi dalam kandungannya.
link source: http://www.neskopi.com/2013/07/bulan-ramadhan-dan-penyusuan.html
Tips menyusukan anak ketika berpuasa
Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat. Namun sekiranya ibu merasakan ia akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, wanita itu dibenarkan untuk berbuka puasa.
Asasnya berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Bagaimana pun, dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, pastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.
Berikut adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan anak ketika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.
(1) Ketika berbuka puasa, minum air, makan kurma dan madu dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu-ibu yang keletihan berpuasa sepanjang hari.
(2) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
(3) Sebelum tidur, minum jus buah buahan segar atau air coklat suam yang ditambah dengan protein powder
(4) Minum air secukupnya
(5) Pastikan anda bersahur. Makan seperti biasa. Sebaiknya kurangkan makan makanan yang bergoreng.
(6) Minum shake kurma yang dicampur dengan susu/susu soya. Tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama.
(7) Kurangkan minuman yang mengandungi banyak gula seperti carbonated drinks dan minum berkafein seperti kopi
(8) Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah digalakkan.
** Pengambilan protein powder, vitamin B complex, Vitamin C dan Calcium juga amat penting.
Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk
- Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
- Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
- Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
- Terasa loya dan ingin muntah.
- Rasa menggigil.
- Berasa lemah dan sakit otot.
- Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
- Pergerakan bayi yang tidak normal.
- Berlakunya kontraksi.
Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-
1. Banyakkan pengambilan cecair
2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air
3. Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
4. Mengambil vitamin C.
5. Berehat secukupnya.
6. Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.
Kenapa saya mencadangkan Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.
PERFORMANCE DRINK, SELAMAT DIAMBIL BAGI IBU YANG SEDANG HAMIL DAN MENYUSU (perisa natural orange): –
Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Membantu mengelakkan rasa dehydrate akibat kurang minum air ketika sedang berpuasa. Terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.
Ibu yang menyusu, mengandung dan sedang berpuasa - membantu mencegah dehydrate, menyejukkan badan dan secara tak langsung membantu ibu menyusu mengekalkan penghasilan suus (in shaa Allah) -->
Testimoni mommy lyna:" Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk"
Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung
Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
- Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
- Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
- Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
- Banyakkan bertenang dengan berselawat.
- Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
- Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus)
- Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
- Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.
Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.
Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!
info : En. Google dan kumpulan ibu menyusu facebook.
Fan Page Facebook : Nazurah BreastPump
019 215 3391 w/app
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
(id : 1148931)
salam sayang
zura ;)
No comments:
Post a Comment
Nazurah Mat Arif