Tuesday, 10 June 2014

TIPS BERPUASA DAN MENYUSUKAN ANAK



Semoga para pembaca sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t dan sihat sejahtera 

hendaknya. Tidak lama lagi bulan Puasa akan menjelma, pasti ramai ibu-ibu yang risau 

takut susu akan merundum. Disini saya kongsikan sedikit tips-tips untuk bekalan ibu-ibu 

menjelang bulan Ramadhan tidak lama lagi, harap-harap ianya dapat membantu sedikit 

sebanyak.




TIPS BERPUASA DAN MENYUSUKAN ANAK




1) Jangan skip sahur dan makanlah nasi/karbohidrat

2) Minum banyak air masa berbuka dan bersahur

3) Amalkan makan kurma semasa bersahur, berbuka dan sebelum tidur 

4) Adjust sikit time pumping, tambah jumlah pumping pada waktu malam jika perlu.

5) Berbuka dengan minuman & makanan yg manis sebab die merangsang minda yang dah letih seharian berpuasa

6) Walaupun tak makan dan minum siang hari, jangan skip pumping

7) Mindset sentiasa positif. Jangan selalu fikir susu akan merundum. Tapi cekalkan azam insyallah bekalan maintain.

8) Minum susu,milo,horlicks 2 gelas sehari. Time sahur ndan buka puasa.

9) DOA - time niat tu,berdoalah sikit mintak dipermudahkan supaya bekalan susu tetap cukup untuk anak tercinta,insyaALLAH...

10) Ambillah Supplement jika perlu, untuk sentiasa bertenaga. 






SEBELUM TIDUR
Amalkan mambaca surah Hujurat (banyakkan susu) dan Al-Waqiah (murah rezeki)


MEMERAH

Perah pada waktu sahur


Makanan yang disarankan untuk dijadikan milkbooster semulajadi :-
  • Makanan mengandungi vitamin B spt kekacang dll.
  • Kurma,mkn begitu saja atau dihancurkan sedikit dan dimasukkan kedlm susu panas
  • Lobak putih / peria -boleh dijadikan sbg jus atau sup
  • Oat - dijadikan minuman,bubur atau salutan pd makanan
  • Longan - boleh dijadikan minuman
  • Halba - dimkn begitu saja,direndam dlm air mendidih/masukkan didlm masakan
  • Pucuk Manis - dibuat masak lemak
  • Pucuk Pegaga - dijadikan ulam atau jus
  • Air soya produk tenusu tauhu,tempe
  • Barli
  • Habbatus sauda/jintan  
 Shake Kurma:
(1) Kurma

(2) Madu

(3) Protein Powder / Susu / Susu Soya
(4) Instant oats

**Campurkan kesemuanya untuk menghasilkan shake kurma madu yang lazat dan mengenyangkan. Sangat sesuai di ambil ketika sahur bagi memastikan tidak cepat berasa lapar. Kalau tak cukup masa untuk ambil makanan berat ketika sahur, cukup dengan bancuhkan shake ni. Penyediaan ringkas, mudah dan berkhasiat.


Selamat mencuba.

sumber: susu-terbaik.blogspot.com

 Nota jarimanis :

" Barangsiapa yang tidak berDOA selepas solat adalah orang yang SOMBONG, kerana Dia merasa dirinya begitu sempurna dan tidak perlu meminta-minta lagi "

 credit :  group ibu menyusu/facebook

Nazurah Mat Arif
Fan Page : Nazurah BreastPump
019 215 3391 w/app
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
(id : 1148931)


No comments:

Post a Comment

Nazurah Mat Arif