Monday, 9 June 2014

KAFEIN DAN PENYUSUAN

 

 

Mudah mudahan para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah s.w.t

Mungkin ada diantara ibu-ibu yang hantu Kopi atau ketagih kopi,

Saya juga peminat kopi tapi takla sampai tahap ketagih. Sekali kala bila teringin memang saya akan bancuh kopi untuk lepaskan gian.

Siapa yang kata kopi itu tidak sedap memang rugi! Rasanya yang pahit2 manis, membuat setiap orang yang menghirupnya pasti tak cukup secawan.

 
 
Di sini saya kongsikan sedikit beberapa soalan berkenaan kafein dan penyusuan yang saya dapat dari blog Baby Centre mungkin bermanafaat untuk kita semua.

Selamat Membaca!


Adakah kafein yang saya telan akan masuk ke dalam susu badan saya?

Adakah kafein yang saya telan akan masuk ke dalam susu badan saya?
Apabila anda minum secawan kopi atau sepotong coklat, kafein di dalamnya akan masuk ke dalam aliran darah anda. Sebaik sahaja ia berada dalam darah, sedikit daripadanya akan masuk ke dalam susu badan anda. Hakikatnya, sebahagian daripada apa sahaja yang anda makan dan minum akan muncul dalam susu badan anda.



Adakah kafein membahayakan bayi saya?

Terdapat banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti kesan kafein terhadap bayi yang menyusu badan. Kesemua kajian ini menunjukkan bahawa kafein memang masuk ke dalam susu badan, tetapi tidak banyak kesannya terhadap bayi.



Jika anda minum sehingga 750mg minuman berkafein sehari (kira-kira lima atau enam cawan kopi) kemungkinan besar ia tidak mendatangkan kesan kepada bayi anda. Dalam ujian yang dilakukan, jumlah kafein dalam air liur atau air kencing bayi yang minum susu badan ibunya yang telah meminum sejumlah kafein tersebut adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan.

Walau bagaimanapun, sesetengah ibu yang minum banyak kopi mengatakan bahawa bayi mereka kelihatan lebih jengkel dan resah ketika disusukan. Jika anda dapati ini berlaku, cuba kurangkan pengambilan kafein dan lihat apa yang berlaku. Ingatlah bahawa teh, minuman kola dan minuman untuk tenaga juga mengandungi kafein. Bacalah mengenai bagaimana cara menghentikan ketagihan kafein jika anda mengambil keputusan untuk berhenti mengambilnya.



FB : Nazurah Mat Arif
Fan Page : Nazurah Breastpump
Instagram : Nazurah_Fatin
Shaklee Independent Distributor
(id : 1148931)

019 - 215 3391

No comments:

Post a Comment

Nazurah Mat Arif