Hari ni saya ingin berkongsi Tips Susu Ibu kekal meriah. Saya tertarik dengan 1 soalan yang saya terima 2hari yang lalu.
Soalan :
Salam Puan, bagaimana yang ingin kekalkan tahap susu saya, kerana selepas bulan Ramadhan yang lalu susu saya kian merundum dan tidak dpt menampung keperluan anak yang semakin hari semakin meningkat. Harap Puan sudi membantu.
Jawapan :
wsalam,
Tahukah anda, Ibu menyusu perlu mengambil makanan berat dan ringan sekurang2nya 6x sehari bg menampung keperluan susu yang cukup utk si manja. Jadual pumping bg ibu y bekerjaya merupakan salah satu faktor utama yang perlu di jaga agar kuantiti susu tidak semakin merundum utk jangka masa y panjang.
Selain daripada jadual pumping, WAKTU MAKAN yang berjadual juga perlu diberi keutamaan. Pastikan jadual pemakanan yang sihat juga seiring dengan jadual mengepam susu bagi memastikan kuantiti susu yang akan anda perolehi sama, berzat atau lebih meriah.Ingat ya, susu ibu terhasil drpd pemakanan y dimakan oleh si ibu.
Bagi menjawab soalan yang di tanya di atas.
Bagi pandangan peribadi saya, banyak aspek yang perlu dikaji semula. Salah satu daripadanya. Anda harus perbetulkan jadual pemakanan anda. Kerana ianya sgt mempengaruhi penghasilan susu anda. Si ibu harus menjaga jadual makan dengan lebih tersusun dan mengambil kuantiti y cukup bg menampung keperluan susu si manja. Ambil makanan y sihat dan berkhasiat contohnya sayur sayuran hijau yang menyumbang kepada penghasilan susu y lbh meriah. Minum susu. Serta kurangkan pengambilan ais. Jika perlu ambillah apa2 milkbooster semulajadi yang mudah utk di dapati bg meningkatkan semula kuantiti susu agar kekal meriah. Semoga dengan jawapan sy ini akan dpt membantu.
Ikhlas Kongsi Dari Hati.
#pump4mama
BERIKAN SUSU IBU PADA ANAKMU KERANA ITU HAK MEREKA
*Konsultasi penyusuan PERCUMA
No comments:
Post a Comment
Nazurah Mat Arif