Setahun 4bulan y lalu, saya juga hadapi masalah anak yang taknak direct breastfeed. Kerana confius puting. Ini merupakan pengalaman kedua saya. Selepas sy tak berjaya nak susukan hadif dulu.
*sorry hadif, mama salah*
Stress.
Sedih. Taktau nak buat apa. Nak sgt bagi anak susu ibu. Mudah. Tak payah nak bancuh2 susu. Basuh botol susu. Rendam botol. Y paling best jimat duit beli susu. Susu anak plak skrg mahal. Sampai kena kunci dalam almari kaca.
Belajar dr pengalaman lalu. Saya kongsikan sedikit tips mcmne nak pujuk anak anda utk direct breastfeed. Sikap SABAR harus diberi keutamaan ye. Jangan ingat terus bt, terus nampak hasilnya.
Kena selalu pujuk2 baby, dan suakan breast anda pada bby. Lagi2 jika bayi anda dah beri signal pertama. Maksudnya bila kita letak jari pada tepi mulut baby..baby dah mula mencari2. Kerap jilat2 bibir. Mase tu masa y paling baik utk anda berikan susu ibu pada anak anda. Jangan sampai last signal baru nak bagi memang anak anda akan mengaum mengalahkan harimau la jawabnya.
Buat satu persatu. Kalau rasa mampu bertahan dan tahap kesian tu agak tebal sikit, sila2 la stop terus botol susu atau puting kosong. Macam kes saya dulu mmg saya hanya beri susu ibu menggunakan syringe sahaja. Sampai la anak saya berjaya direct bf. Saya xnak anak saya bertambah confius ketika itu. Memakan masa 4hari sahaja. Alhamdulillah usaha itu memang berhasil.
Menyusu ibu lagi2 buat ibu2 yang bekerjaya mmg banyak pancaroba. Memang y kuat sahaja akan berjaya. Usahalah. Skrg2 nya kita cuba utk beri y terbaik. Masalah confius puting ni bukan baby shj y hadapi. Anak y dah 2-3 bulan pun akan punya masalah seperti ini. Mudah mudahan entri saya yang tak seberapa ini akan dapat membantu masalah ibu2 semua.
Lenguh dah tangan menaip. Hehehe
Sebarang masalah boleh w/app saya utk pertanyaan 019 215 3391
✔Konsultasi penyusuan percuma.