Tuesday, 20 January 2015

PERCUTIAN KE PHUKET 2015 (5HARI 4MALAM) PART 2

Saya sambung aktiviti untuk hari ke3.. sepanjang di Phuket. 

(Untuk yang tak baca lagi entri sebelum ni boleh baca di sini)

Seperti biasa biar gambar je la berbicara. 

hehehe...
Sementara tunggu kawan-kawan lain turun. Selfie la.. ngan hadif..


Selfie ngan ayah hadif plak...
Hari ke3 kami pilih untuk sewa van. so kami plan nak jalan2 di area Phuket ni.. Biar driver plak yang bawa kami ke mana hala. Bayaran sewa van 2000 baht je.. kami kongsi 9 orang.

Tempat pertama yang kami pergi.. kedai makan untuk sarapan.. lapa.Kedai yang kami pergi ni sama juga kat area lorong Masjid di bandar patong. 


Lepas Makan nasi.. Order Pan cake la plak.. makan je ktorg ni..

senyum la sikit..


Lepas makan, ktorg pergi kat Zoo Harimau. Tak ingat nama tempat tu apa.. Tapi korang boleh ambil gambar dengan harimau dan boleh belai2 harimau tu.. harga paling rendah 800baht untuk pakej paling murah. memandangkan aku takut kucing, apatah lagi harimau so tgk dr jauh jer la.. hehe

sambil-sambil tunggu kawan-kawan yang bergambar. Hadif ambil la gambar dengan mascot harimau ni

Lepas ke Zoo harimau, ktorang pergi ke Kilang Tshirt. harga boleh tahan murah. so boleh la membeli untuk sedara mara sbg buah tangan


kat Kilang T-shirt ni tak boleh ambil gambar, Tuan kedai tak bagi.. so 2 keping je la untuk korang cuci mata. Material kain boleh tahan OK jugak. Boleh guna duit RM kalau tak cukup duit BAHT. Tapi mahal la sikit. ala.. gores dan menang je.. lebih mudah.. hehehe

Last tempat sebelum lunch . Singgah kat kilang kacang. ni cara-cara untuk proses kacang gajus

model kacang gajus
dalam kilang kacang gajus tu.

masa untuk memilih. harga tak murah pun. tp kat sini pelbagai perisa kacang ada. perisa tom yam la, bbq la, wasabi la, itu je la keunikan kilang ni. harga biasa-biasa je.. selain dari kacang, asam pun ada jugak.
Hadif yang terlebih excited dengan mesin kacang ni.. sibuk tny 1 persatu.. lepas tu buat2 faham and cerita 1 persatu kat org lain

sambil tunggu kaum wanita shopping kacang, orang lelaki boleh menunggu di sini. Air gajus di beri percuma. hehe.

gambar kt luar kilang


Kilang kacang gajus

papan kenyataan tentang kacang gajus

Perut pun dah lapa.. jom la g makan lunch plak. Abg van tu.. bawak kami ke tempat special.. nak makan atas air katanya.

Naik sampan untuk ke restauran ni dalam 5 minit je.. free. xperlu bayar

selfie lagi. laki bini. hihi



Nie la kedai makannya. Dunt worry memang HALAL. 100% muslim.

teruja tengok ikan besar-besar size hadif. kedai makan ni di kelilingi dengan kolam buatan yang penuh dengan ikan.. hati-hati kalau bawak anak kecil. mmg terletak betul2 di tgh laut. 'best'

taktau la..ikan ni jenis apa..

Lobster

Udang
Ketam

gambar dari belakang kedai makan


Surau juga turut di sediakan.

antara menu kami. disebabkan malam sebelum tu dh makan besar kt KUSUMA. so lunch time kali ni kami order simple2 je

nyum...nyum... mcm biasa la menu telo dadar x boleh tinggal untuk hadif. Harga sangat-sangat berpatutan. Lebih murah dari makan kt bandar patong kalau di hitung semula. sedap plak tu!

perut dah kenyang. ambil gambar la.. apa lagi.





Perut dah kenyang baru boleh tersengih.. hehehe

Last destinasi kami sebelum pulang ke Hotel pada hari ke3 di Phuket. "NIGHT MARKET". Besar Night Market ni berbanding di Krabi dulu.



baju-baju murah sangat kalau convert duit malaysia RM20 je.. up to date plak tu. banyak fesyen ala-ala kpop dan free size.


Macam comel je baju ni. tapi tak beli pun. 


cantiknya sushi ni. warna warni


Night Market Phuket, En. Suami dah menonong ke depan. tak larat dah nak tunggu binim dia yang asyik berenti je ambil gambar


Selain dari baju.. barang lain harganya lebih kurang sama di bandar Patong. Tak banyak beza.

antara buah tangan yang perlu dibeli dan popular di Thailand. "GAJAH"


cantik je kedai ni warna warni

Pashima pun ada





Jeruk Pelam. Terliur. Tapi x beli sebab status kehalalan penjualnya meragukan. hehe.. still was-was.. wlwpun bahannya pelam je..

Donut pelbagai perisa. Kat Night Market ni banyak gerai yang tak halal. So kena pandai pilih masa ingin membeli. Takut-takut tersalah beli plak. 


Alhamdulillah.. selesai sudah trip hari ke3 kami di Phuket.. Aktiviti dari pagi sampai la ke malam. Penat n lenguh kaki. Tapi seronok tengok tempat orang dan gaya hidup budaya luar.

Penat berjalan, Luas pemandangan.

In Sha Allah akan sambung di entri lain plak..

Semoga dapat membantu awak-awak yang akan phuket esok-esok.

Personal FB : Nazurah Mat Arif

Fan Page : PUMP4MAMA

Instagram : PUMP4MAMA 



No comments:

Post a Comment

Nazurah Mat Arif