Masalah penyusuan
Lately ni saya kerap plak jumpa masalah penyusuan yang lebih kurang sama. Dah macam bermusim pulak.
'Confius Puting'
Masalah yang saya jumpa selalunya bermula dengan permulaan yang terlalu awal dikenalkan dengan botol susu. Atau puting tiruan. Bila baby dah mula kenal dengan botol susu, di situ bermulalah cabaran untuk si ibu untuk kenalkan puting semulajadi.
Tapi ada juga ibu yang terlalu cepat mengalah. Dan patah semangat. Baru sehari 2 melayan kerenah anak dah malas nak mencuba.
Masalah ini, saya pernah lalui dulu. Saya faham dalam keadaan emosi yang tak begitu tidak stabil. Penat melahirkan pun rasa tak habis lg, dh terpaksa berjaga malam demi anak kecil.
Dan saya percaya ini merupakan salah 1 punca kenapa kegagalan kepada penyusuan.
Lagi2 plak..bila anak ada masalah dan terpaksa di tahan di ward. Lagi la si ibu stress. Kalau tidak dijaga rapi, mahu meroyan si ibu dibuatnya.
Ok, tips yang saya ingin kongsikan sekiranya anda berada dalam masalah seperti ini.
1. Cuba stop dulu dengan botol susu. Berikan anak anda susu menggunakan syringe, cawan atau sudu.
2. Kerap lakukan skin to skin. Ianya Sgt membantu bagi mengeratkan hubungan ibu dan anak. Jika anak anda punya masalah 'sawan tangis', masalah ini mungkin ini dapat dibantu dengan skin to skin. Cuba lah!
3. Kerap suakan nipple ibu pada bayi, tak perlu tunggu masa bayi nangis atau lapar. Sentiasa letakan nipple ibu pada mulut bayi agar bayi cepat kenal.
4. Berikan susu ibu sebelum bayi anda beri signal yang terakhir. Kenal pasti signal2 yang bayi anda tunjukkan ketika lapar. Contohnya menjilat bibir atau menghisap sarung tgn. Jika bayi berikan signal seperti ini, cepat anda suakan breast kepada bayi.
5. Sentiasa bercakap dan beri kata2 +ve pada bayi agar sentiasa membantu mempermudahkan urusan penyusuan. Katakan kepadanya yang dia mampu melakukan. Dan ibu ingin beri yang terbaik pada bayi.
6. Si ibu harus ada jiwa yang kuat dan kental. Kebanyakan ibu yang jumpa jarang ada sikap sebegini. Mungkin kerana hormon yang kurang stabil ketika dalam pantang.
Ok setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga dengan beberapa tips yang saya kongsikan ini dpt membantu ibu-ibu yang sedang berada di dalam masalah penyusuan.
BERIKAN SUSU IBU PADA ANAKMU KERANA ITU HAK MEREKA. SUSU IBU BUKAN SEKADAR MEMBERI NUTRISI TAPI LEBIH DARI ITU.
No comments:
Post a Comment
Nazurah Mat Arif