Tuesday, 7 July 2015

PENTING SANGATKAH BREASTPUMP ITU?


Walaupun sudah beranak 3-4 tapi masih ada lagi ibu2 yang ragu2 untuk beli breastpump sebelum tiba kelahiran bayi. Nak tunggu betul2 terdesak baru la sibuk2 masa tu nak cari. Sedangkan keadaan ketika itu keadaan dh terlalu kritikal.
Mungkin dari awal lagi belum cukup pendedahan yang diterima. Betapa pentingnya breastpump bagi ibu2 yang memang niat ingin menyusu penuh anak2 mereka. Lagi2 buat ibu2 yang bekerja.
Pentingkah breastpump?

Ada yang kata tak perlu pun takpe marmet je lagi cepat. Bagi pendapat peribadi saya ianya bergantung kepada tahap keselesaan anda. Ada yang hanya mengunakan manual pump sahaja tapi mampu kumpul beroz-oz susu ibu untuk sekali pump.
.
.
Ada jugak bila guna elektrik breastpump tidak terlalu membantu. Tapi bila marmet atau lakulan perahan tangan susu lebih meriah. Breastpump ini sekadar memudahkan urusan anda sahaja. Dari anda penat melenguhkan tangan dan jari jemari anda jadi laburkan sedikit wang untuk anak tersayang. .
.
Hasil susu pun in sha Allah semakin meningkat. Ini memang berlaku pada saya sendiri dan ramai customer saya. Tambah2 lagi tidak stress dan penat ketika mengepam. .
.
Kenapa perlu ada breastpump?
.
.
Susu ibu, semua tahu yang susu ibu itu penuh dengan zat dan terbaik untuk bayi. Bukan sekadar nutrisi, ikatan kasih sayang dan antibodi anak juga turut terkandung di dalam susu ibu. Breastpump ini pastinya memudahkan kerja si ibu. Lagi2 buat ibu yang bekerja atau pelbagai kemungkinan lain yang sukar untuk dijangka contohnya jika si anak terpaksa di tahan di dalam ward beberapa hari kerana apa2 komplikasi. Di situ peranan penting breastpump.
.
.
Breastpump akan merangsang susu ibu untuk terus keluar. Dan terus menghasilkan permintaan kepada otak agar susu ibu sentiasa terhasil. .
.
Jadi kenapa anda masih ragu2?
.
.
BERIKAN SUSU IBU PADA ANAKMU KERANA ITU HAK MEREKA.
.
. *Konsultasi penyusuan PERCUMA w/app me 019 215 3391 untuk sebarang pertanyaan.
#susuibu #breastmilk #breastpumpmalaysia #breastpumpautumnz #breastpumpmurah #breastpumpmalish #sayajualonline #sayajualpumpsusu #sayajual #baby #pama



No comments:

Post a Comment

Nazurah Mat Arif