Salam hujung minggu semua.
Dah plan mana nak berbuka hari ni?
Hari ni, saya nak share sikit tips2 persediaan untuk ibu menyusu. Bagi ibu2 yang sedang hamil atau sedang menanti waktu kelahiran sebaiknya tahu dan lakukan agar ketika adanya bayi nanti tidaklah terlalu kekok. Sekurang2nya ada la sedikit ilmu di dada.
Apa yang perlu si ibu lakukan :-
1. Berurut
Sebagai persediaan pertama, ibu disarankan utk kerap mengurut secara membulat di bahagian breast dan membuat urutan dari bawah ke atas di bahagian breast bagi memastikan saluran-saluran susu berjalan lancar. Kajian menunjukan teknik berurut ini sgt2 membantu bg merangsang pengaliran susu dan memastikan susu ibu berjalan lancar.
2. Ketika mandi kerap bersihkan nipple dan cuci dengan air suam. Agar tiada liang liang susu yang tersumbat.
3. Mind set ibu harus sentiasa berkata susu banyak dan ingin menyusukan anak sehingga 2y. Apa yang kita fikirkan akan menarik apa yang bakal terjadi. Jadi fikir yang baik2 sahaja ya :).
4. Amalkan makan kurma sedari mengandung lagi untuk memperbanyakan susu. Selain makanan sunnah, kurma juga sememangnya terbukti makanan yang mampu memberi banyak tenaga dan mudah di hadam.
5. Penyediaan breastpump sebelum tiba kelahiran bayi. Ini sangat penting. Sekiranya anda adalah seorang ibu yang inverted nipple atau flat nipple and di galakan utk membuat stimulate menggunakan breastpump atau syringe bg memudahkan proses penyusuan.
Ibu harus ingat ya, susu ibu sangat mahal nilainya. Bukan mudah ingin menghasilkan susu ibu.
Kepada ibu yang sedang berpantang selamat menyusu saya ucapkan. Ambillah makanan yang berzat dan cukup dengan segala khasiat untuk ibu dan bayi. Jangan fikirkan akan kenaikan berat badan. Sekiranya anda tau konsep penyusuan susu dengan cara yang betul si ibu anda tidak akan fikirkan tentang itu.
Kenapa saya katakan susu ibu sangat mahal. Kerana susu ibu bersamaan dengan menaiki tangga dari tingkat 1 ke tingkat 8 menggunakan tangga, dan ianya baru menghasilkan 1oz susu ibu. Bayangkan seorang ibu mampu menghasilkan berpuluh2 OZ dalam mase 1hari. Berapa kalori yang telah terbakar? Jadi jgn fikir tentang kenaikan berat badan.
Susu ibu bukan sekadar memberi nutrisi, tapi ianya lebih dari itu.
BERIKAN SUSU IBU PADA ANAKMU KERANA ITU HAK MEREKA.
Facebook : NAZURAH MAT ARIF
Fanpage : PUMP4MAMA
Instagram : PUMP4MAMA
Salam sis..sy slh seorang yg alami mslh flat nipple..blh tau x, kaedah yg sis bgtau 'stimulate menggunaksn breastpump' tu camane?
ReplyDelete