Salam Ramadhan yang ke6 semua warga FBians.
Bagaimana dengan puasa kalian? Dah ada yang tinggal puasa kerana menyusu atau mengandung?
Bercakap tentang rezeki susu bagi setiap anak. Ada yang kata rezeki susu ibu ni tidak semua orang sama. Ada yang dapat lebih dan ada yang dapat kurang. Ada juga yang tak dapat langsung.
Yang tak dapat langsung tu.. jangan salahkan takdir atau rezeki, mungkin kerana si ibu kurang ilmu dalam penyusuan. Lagi2 buat ibu yang tiada pengalaman atau melahirkan anak pertama. Mereka fikir penyusuan itu semudah ABC. Asal sua je mesti baby boleh hisap kira Ok la tu..
No.. no.. no... salah sekali tanggapan seperti itu. Jika anda ingin benar2 berjaya dalam penyusuan tuntutlah ilmu pada mereka yang anda rasa berjaya, boleh membantu, memberi tunjuk ajar dan mudah untuk bertanya jika anda berada dalam masalah penyusuan.
Rezeki yang Allah berikan kepada semua orang adalah sama. Yang membezakan kita hanyalah usaha. Usaha setiap manusia yang berbeza-beza. Jika anda usaha lebih. Lebih la hasilnya. Tapi jika anda kurang usaha, hasilnya juga turut suram.
Saya memang setuju setiap perkara memerlukan usaha dan rezeki akan datang kemudian. Bukan sahaja dalam penyusuan. Bah kan dalam apa2 bidang sekalipun. Kejayaan tanpa usaha memang jarang-jarang sekali berlaku.
Jangan terlalu menyalahkan takdir. Audit diri sendiri dan cuba semak semula pada mereka yang berjaya menjayakan penyusuan lebih dari anda. Apa yang mereka lakukan? Berapa kali sehari mereka pump? Dari segi makanan yang bagaimanakah yang mereka ambil.
Jadi kesimpulannya. Rezeki Allah itu memang saksama. Dan Adil. Yang membezakan kita hanya usaha.
Usaha tangga kejayaan.
Good Luck ibu menyusu semua!
Siapa Agree say "I FOLLOW" :)
Facebook : NAZURAH MAT ARIF
INSTAGRAM : PUMP4MAMA
FAN PAGE : PUMP4MAMA
No comments:
Post a Comment
Nazurah Mat Arif