Monday, 22 June 2015

SUSU IBU MENJIMATKAN ATAU SEBALIKNYA?


Terbaca 1 entri di laman sesawang. Katanya susu ibu masih lagi tidak menjimatkan. Tambahan kos elektrik dari segi penyimpanan susu (deep freezer) dan membeli makanan tambahan untuk si ibu mungkin membebankan utk beliau.

Katanya itu semua kos yang perlu di ambil kira.

Bagi saya,

Pandangan sebegitu terlalu general.

Kenapa saya katakan sebegitu?

Kerana si ibu, bukan sekadar memberi nutrisi kepada bayi semata2. Penjimatan dari kos pampers pakai buang, kos susu formula yang hampir mencecah ratusan ringgit setiap minggu dan pastinya kesihatan anak lebih terjamin jika mengambil susu ibu sepenuhnya.

Menurut kajian global, anak yang minum susu formula berbanding susu ibu lebih menelan kos perubatan yang tinggi berbanding anak yang minum susu ibu sepenuhnya. Kos perubatan di malaysia masih tinggi bagi mereka yang kurang berkemampuan. Jadi fikir2kan lah ibu. Lagi2 jika anda tidak mengambil sebarang insurans bt si manja anda.

Dari segi pemakanan tambahan, bagi saya orang yang tidak menyusu pun akan mengambil makanan tambahan demi menjaga kesihatan. Jadi isu tentang itu sepatutnya tidak timbul.

Susukanlah anakmu wahai ibu kerana banyak nikmat2 yang anda tidak akan dapat berbanding susu formula. Kesan dari susu formula akan memberi impak kepada anak sehingga mereka berumur 9 tahun. Kesan dari kesihatan, obesiti dan perkembangan otak anak anda.

Jadi kenapa anda masih katakan tidak pada susu ibu?

BERIKAN HAK MEREKA.

Siapa setuju say "AGREE"

:)

Facebook : NAZURAH MAT ARIF
INSTAGRAM : PUMP4MAMA
Fanpage : PUMP4MAMA



No comments:

Post a Comment

Nazurah Mat Arif