Monday, 30 June 2014

UNTUK KAMU ANAK SI PRAMATANG!

Syukur kehadrat Ilahi, sekali lagi saya dapat menyambut puasa bersama Suami, anak-anak dan Keluarga tersayang.

Semalam dapat balik  berbuka puasa di Kampung, bersama Keluarga tersayang. Semua berkumpul macam-macam cerita yang kami kongsikan.

Kebetulan sekarang ni tengah musim manggis & rambutan.. apa lagi, lepas berbuka pencuci mulut rambutan la... hehehe feberat saya tu!



Syukuralhamdulillah YA ALLAH atas rezeki dan nikmatmu sehingga ke hari ini.

Bezanya tahun ni, puasa saya bertemankan "PUMP SUSU" yang tak pernah lengkang jauh dari saya...memang saya ke hulu ke hilir membawa  kawan baik saya dan sibuk mengumpul stok susu demi anak tersayang. 

Kalau tahun lepas Ramadhan disambut dengan bayi masih didalam perut,

Tahun ini Ramadhan lebih meriah, KHAIRUL THAQIF membawa lebih kebahagiaan buat kami suami isteri, dan juga keluarga besar kami yang lain.

SERONOK! MEMANG SERONOK!


Sampai tak terkejar mama di buatnya. Tambah pulak Thaqif seorang anak yang pemakan dan aktif, bagilah apa kat dia semua disumbat ke mulut , seolah-olah macam tak kenal erti kenyang! berbeza dengan abangnya Khairul Hadif dulu.  hehehe thaqif....thaqif...

Hari ni 30 Jun 2014, umur thaqif 8bulan ++ stok susu semakin hari semakin berkurangan sebab kuatnya si anak pramatangku ini menyusu (30oz, 8jam + bubur nasi 2x makan) Syukuralhamdulillah kamu ingin membesar bagaikan Johan ye sayangggg...

Mudah-mudahan niat mama untuk menyusukan kamu sehingga 2 tahun tercapai dan mama tidak mudah untuk patah semangat.

Puasa kali ini, memang mencabar buat saya  sebagai seorang ibu, pertama kalinya menyusukan anak dan mengumpul stok yang tinggal nyawa-nyawa ikan huhuhu... In sha Allah apa saja demi kamu anakku! Mama akan usahakan yang terbaik.

Apa yang saya amalkan untuk sentiasa bertenaga dan kekalkan stok susu saya mencukupi. Mungkin tips yang saya kongsikan ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu yang lain :-

* Saya akan Bangun di tengah malam untuk pumping,sebab masa ni Hormon Prolaktin tengah aktif.

 Apa itu Hormon Prolaktin?

Adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari. Kelenjar kecil ini terletak didalam otak dan bertanggungjawap terhadap banyak proses proses fisilogi dalam badan anda. Ia ada pada lelaki dan perempuan dan di lepaskan pada masa-masa tertentu sepanjang hari dan malam. Prolaktin terdapat dengan banyaknya pada ibu yang menyusukan anak kerana ia adalah hormon penting untuk pengeluaran susu.


* Pengambilan air yang cukup setiap hari 3-4liter sehari

* KURMA & KISMIS - Saya seorang yang suka makan kudap kudapan, jadi saya akan amalkan kurma sebagai jajan saya! KURMA juga boleh dijadikan sebagai milkbooster semulajadi.

* Makan SAYUR HIJAU GELAP- saya suka Sawi Bunga or kailan.

* Amalkan minum SUSU campur OAT - Yang ni memang saya amalkan sewaktu sahur dan ketika nak tidur malam..tapi saya amalkan ESP sebagai pengganti SUSU. Alhamdulillah memang kekal bertenaga :)

* Pantang AIS - yang ni memang payah...tapi terpaksa! kalau tak memang saya sendiri akan rasa SUSU drop sikit dari biasa.

* Berbuka & Bersahur dengan makanan yang berkabohidrat tinggi - Saya memang akan mengambil Nasi ketika berbuka dan bersahur untuk hasilkan susu yang meriah. No diet, diet.

* Tetapkan jadual pumping dan displin ketika di pejabat.

* Last sekali saya akan kerap buat tandem pumping time malam untuk dapatkan stok banyak sikit dari waktu siang hari.

OK sekian saja untuk entri kali ni. In Sha Allah saya akan kongsikan lebih banyak lagi tips dan pengalaman saya di entri yang akan datang. Saya tinggalkan pic duck face  thaqif untuk auntie-auntie semua.


 
Salam sayang

Zura.





 






Friday, 20 June 2014

IBU KEKAL RAMPING DENGAN MENYUSU!



Semoga para pembaca berada dalam rahmat ALLAH s.w.t sentiasa hendaknya.

Hari ni, saya nak kongsikan beberapa tips kekal langsing dengan penyusuan.

Ramai ibu-ibu di luar sana yang selalu merungut bila menyusu ni tak dapat nak jaga badan la, gemuk, berat badan susah nak turun, sebab selalu lapar dan kerap makan. Dan akhirnya mengambil jalan mudah bagi je susu formula.

Jadi,

Si Ibu ni boleh la jaga badan kononnya, boleh la mengambil apa saja jamu untuk kurus tanpa memikirkan tentang si anak.

Ok, Jom kita mulakan apa faktor berat badan bertambah

FAKTOR BERAT BADAN BERTAMBAH

~ Pengambilan makanan yang diambil lebih dari penggunaan tenaga

~ Makanan yang di simpan akan menjadi lemak

~ Sistem penghadaman yang lemah. Ramai diluar sana yang mempunyai masalah berat badan kerana sistem penghadaman yang tidak mampu "bekerja" dengan baik. Akhirnya sisa makanan terkumpul dan tidak dapat dikeluarkan.

~Ibu menyusu kerap lapar kerana badan kita telah membakar kalori tetapi malangnya bila lapa, terus mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.

~ Kurang minum 3-4 liter air sehari. 

5 TIPS KURUSKAN BADAN KHUSUS UNTUK IBU MENYUSU

~ Jangan skip waktu makan utama (sarapan, tenghari & makan malam) terutama sekali waktu sarapan!

~ Minum air 3-4 liter setiap hari

~ Ambil healthy snek diantara waktu makan utama sebagai contoh ambillah buah-buahan sebagai kudap kudapan anda.

~ Lakukan senaman ringan sekali sekala. Paling minima gunakan tangga berbanding lift.

~ Kerapkan mengepam atau  penyusuan diantara 2-3 jam sekali bagi menggalakan penghasilan susu Ibu dengan lebih banyak disamping membakar kalori 200-500  kalori.




APAKAH SUPPLEMENT YANG DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SELAMAT?

Saya cadangkan LECITHIN by SHAKLEE


Apakah itu Lecithin?

Lecithin merupakan antara hot stuff produk Shaklee. Ramai yang mengambil lecithin untuk mengawal berat badan. 

Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. Perlu diingat system badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri.

Justeru itu kita disarankan untuk mengambil lecithin berasakan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan system badan kita.




Kebaikan Lecithin Shaklee yang best ini salah satunya adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu

Amaran keras!! kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan, nanti  ibu tak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelansingan di pasaran untuk jangka masa panjang. 

Lecithin bagus untuk ibu menyusu yang mahu kurus, slim, ramping dan langsing. 


Apa yang istimewa, Lecithin Shaklee ni bebas kolestrol. Bagi yang beli Lecitin bertujuan utk mengawal berat badan boleh ambilnya selepas heavy meal.. 6 tablet/day.. 

Jangan tak tahu Lecithin Shaklee ini banyak bonus extravaganza! Lecithin Shaklee ni ada banyak fungsi lain selain pemecah lemak. 

Kebaikan Lecithin Shaklee
  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf. 
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.
OK, setakat ini dulu perkongsian saya berkenaan dengan KURUS dan PENYUSUAN. In Sha Allah kita jumpa di lain entri.
Salam Sayang








Nazurah
019 215 3391 w/app
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
(id : 1148931)


Sunday, 15 June 2014

BULAN RAMADHAN KEHAMILAN & PENYUSUAN


 
Diharap para pembaca Nazurahbreastpump berada dalam keadaan sihat dan diberkati
ALLAH s.w.t hendaknya.

Hari ni saya, nak kongsikan beberapa tips berkenaan Bulan Ramadhan kehamilan dan penyusuan diharap dengan entri kali ini dapatlah ibu-ibu semua membuat persediaan menjelang Bulan Ramadhan tak lama lagi. 

Selamat membaca! 

Dalam keghairahan kita menyambut ramadhan, lengkapkan dengan ilmu untuk mengelakkan risiko yang tak diingini. 

Bagi wanita mengandung yang mengalami alahan atau morning sickness, sebenarnya terdapat beberapa faktor yang memberikan rukhsah atau kelonggaran bagi golongan ibu hamil ini untuk tidak berpuasa. 

Ditambah lagi bagi mereka yang menghadapi komplikasi penyakit yang kronik seperti kencing manis (diabetes mellitus),penyakit buah pinggang, tekanan darah tidak normal seperti hipertensi dan anemia ketika hamil. Ini kerana sesetengah penyakit yang disebutkan tadi, sebagai contoh diabetes mellitus memerlukan pesakit mengambil ubat tepat pada waktunya bagi mengelakkan risiko yang lebih buruk terjadi.

Ibu Manakah Yang Tidak Digalakkan Berpuasa?

Apabila tahap kesihatan seseorang ibu itu tidak baik, beliau disarankan untuk tidak berpuasa samada ketika sedang hamil atau menyusui anaknya. Setiap ibu harus memastikan tahap kesihatannya baik supaya bayi dalam kandungan atau yang disusui tidak terjejas. Ibu yang mempunyai penyakit seperti dibawah disarankan agar tidak berpuasa :

  •  Ibu yang mengalami alahan yang teruk semasa hamil. Ibu ini sentiasa lemah, berasa mual dan mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam tubuh kerana muntah dengan kerap. Semasa peringkat ini, ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang penuh berkhasiat.
  •  Ibu yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Biasanya,pesakit ini memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, penyakit menjadi tidak terkawal dan perkembangan bayi dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas.
  • Ibu yang mengalami anemia atau kekurangan darah semasa hamil. Keadaan boleh menjadi lebih teruk semasa berpuasa.
  •  Ibu itu sendiri merupakan seorang pesakit jantung.
  • Ibu yang mengalami pendarahan semasa hamil.
Oleh itu, ibu-ibu ni kena la makan dan minum makanan berkhasiat semasa bersahur dan berbuka. Jangan lah jadikan alasan penyakit yang dialami tidak membolehkan kita puasa. 

Ramadhan hanya sekali. Belum tentu kita bertemu Ramadhan yang lain pd masa akan datang.
Apa yang penting adalah memohon pertolongan dari Allah. Seeloknya masa sahur dan berbuka minum air masak secukupnya.. ;)


Adakah Ibu Yang Hamil Boleh Berpuasa?

Kehamilan merupakan satu perubahan fisiologi yang normal oleh itu, ibu yang hamil bukanlah seorang pesakit dan seharusnya menjalani kehidupan seperti biasa.

 Perkara yang penting ialah ibu perlu memastikan tahap kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungannya. Tahap kesihatan ini mencukupi sepanjang tempoh hamil dan ibu perlu sentiasa menepati setiap temujanji pemeriksaan antenatal.

Jika semuanya berada dalam keadaan baik dan terkawal, maka ibu boleh berpuasa seperti biasa. Namun, jika sebaliknya, maka bakal ibu tidak digalakkan untuk berpuasa. Factor utama yang menentukan kebolehan seseorang ibu untuk berpuasa semasa hamil ialah tahap kesihatan dan pemakanan yang baik.

 Hal ini demikian, kerana pemakanan ibu akan mempengaruhi tumbesaran janin dan juga proses penghasilan susu yang bermula sejak dari awal kandungan lagi.

Harus diingatkan apabila ibu berpuasa, bayi dalam kandungannya tidak turut berpuasa. Sebenarnya, bayi dalam kandungan boleh mengambil terus makanan yang diperlukan melalui uri. Fungsi uri adalah untuk mengirimkan makanan yang diperlukan oleh janin dalam kandungan ibu secara berterusan. Oleh itu, ibu yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan kesihatannya terjejas. Namun, ini tidak bermakna ibu harus makan untuk dua kali lebih banyak kerana pemakanan yang berlebihan juga akan memudaratkan diri sendiri.

Fasa trimester ketiga merupakan masa tumbesaran yang paling hebat dan berat janin akan bertambah dengan cepat. Namun demikian, tumbesaran janin sebenarnya berlaku dengan pesat bermula dari minggu ke-12 sehinggalah ke minggu ke-36. Setiap organ mempunyai waktu tumbesaran kritikalnya yang tersendiri. Sebagai contoh, waktu untuk tumbesaran kritikal untuk otak adalah pada minggu ke-18 kandungan. Oleh  itu, ibu hendaklah mengambil makanan seimbang sepanjang tempoh hamil.

Sebenarnya, pemakanan ibu baik hendaklah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Jika seseorang ibu menjaga pemakanannya sejak dari kecil, factor ini akan mempengaruhi status pemakanannya apabila sudah dewasa dan khususnya semasa hamil.

 Namun, masih  tidak terlambat untuk ibu yang tidak mempunyai gaya pemakanan yang sihat pada masa muda untuk mengubah cara pemakanan apabila mereka hamil. Semasa ibu membuat temujanji yang pertama di klinik antenatal, datah ibu akan diambil untuk menetukan sel darah merah. Aras sel darah merah yang baik adalah antara 11-12mg/dl. Maknanya, ibu mempunyai sel darah merah yang mencukupi untuk membekalkan nutrient dan oksigen bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk bayi dalam kandungannya.



link source: http://www.neskopi.com/2013/07/bulan-ramadhan-dan-penyusuan.html

Tips menyusukan anak ketika berpuasa

Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat. Namun sekiranya ibu merasakan ia akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, wanita itu dibenarkan untuk berbuka puasa.

Asasnya berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Bagaimana pun, dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, pastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa. 

Berikut adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan anak ketika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

(1) Ketika berbuka puasa, minum air, makan kurma dan madu dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu-ibu yang keletihan berpuasa sepanjang hari.

(2) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

(3) Sebelum tidur, minum jus buah buahan segar atau air coklat suam yang ditambah dengan protein powder

(4) Minum air secukupnya

(5) Pastikan anda bersahur. Makan seperti biasa. Sebaiknya kurangkan makan makanan yang bergoreng.

(6) Minum shake kurma yang dicampur dengan susu/susu soya. Tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama.

(7) Kurangkan minuman yang mengandungi banyak gula seperti carbonated drinks dan minum berkafein seperti kopi

(8) Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah digalakkan.

** Pengambilan protein powder, vitamin B complex, Vitamin C dan Calcium juga amat penting.


 Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk
  • Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
  • Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
  • Terasa loya dan ingin muntah.
  • Rasa menggigil.
  • Berasa lemah dan sakit otot.
  • Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:
  • Pergerakan bayi yang tidak normal.
  • Berlakunya kontraksi.
Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan. 

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

1. Banyakkan pengambilan cecair

2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air

3. Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.

4. Mengambil vitamin C.

5. Berehat secukupnya.

6. Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.



Kenapa saya mencadangkan Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.

  
PERFORMANCE DRINK,  SELAMAT DIAMBIL BAGI IBU YANG SEDANG HAMIL DAN MENYUSU (perisa natural orange): – 

Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Membantu mengelakkan rasa dehydrate akibat kurang minum air ketika sedang berpuasa. Terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.

Ibu yang menyusu, mengandung dan sedang berpuasa - membantu mencegah dehydrate, menyejukkan badan dan secara tak langsung membantu ibu menyusu mengekalkan penghasilan suus (in shaa Allah) --> 

Testimoni mommy lyna:" Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk"

Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung

Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
  • Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
  • Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
  • Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
  • Banyakkan bertenang dengan berselawat.
  • Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
  • Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus)
  • Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
  • Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.
Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. 

Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.

Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!

info : En. Google dan kumpulan ibu menyusu facebook.

Fan Page Facebook : Nazurah BreastPump
019 215 3391 w/app
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
(id : 1148931)



salam sayang

zura ;)



SPECTRA M1 PORTABLE ELECTRIC BREAST PUMP

Semoga para pembaca Nazurahbreastpump berada dalam keadaan sihat dan diberkati ALLAH s.w.t hendaknya.

Hari ni, saya nak kongsikan serba sedikit kelebihan Spectra M1 Portable Electric Breast Pump, mungkin ini boleh dijadikan salah satu breastpump yang patut anda miliki!

Bagi ibu-ibu yang tak tau nak beli breastpump yang mana, diharap entri saya kali ini dapat membantu ibu-ibu membuat pilihan dengan lebih bijak.



KENAPA SPECTRA M1 Protable Electric Breast Pump PATUT DIMILIKI?

Double pump
✔ RECHARGEABLE BATTERY built-in di dalamnya _(senang nak pam di mana-mana tak perlu pakai plug just charge macam handfhone je)
✔ Bunyi perlahan!
✔ Kecil , ringan sahaja (500g)
✔ TIADA masalah backflow! Tak perlu risau susu masuk tiub kerana ada anti-backflow mechanism.
✔ Ada dua phase suction

✔ Sparepart murah & mudah 
Massage mode
Ada 5 level boleh adjust
✔ WARRANTY 6 months dan boleh servis di Service Center Histopoint Subang Jaya ataupun boleh berhubung dengan saya terus sekiranya terdapat masalah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BUDGET PACKAGE RM589
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam pakej termasuk:
✔ 1 set M1 spectra double letrik breastpump (6 months warranty)
✔ 1 unit of Autumnz Classique 2 compartment Cooler Bag (boleh muat pam)

✔ 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles
✔ 3 pieces of Autumnz ice packs (to keep your milk chilled for more than 12 hours) 

Penghantaran PERCUMA!!! (Sabah/Sarawak: Tambahan RM40)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
COMPLETE PACKAGE RM619
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Dalam pakej termasuk:
1 set M1 spectra double letrik breastpump (6 months warranty)
✔ 1 unit of Autumnz Bagpack
✔ 1 unit of Autumnz Foldaway Cooler Bag
✔ 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles
✔ 3 pieces of Jingle Jungle ice packs (to keep your milk chilled for more than 12 hours)
Penghantaran PERCUMA!!! (Sabah/Sarawak: Tambahan RM40)

Peluang ini untuk ibu-ibu yang ingin ubah gaya penyusuan lebih mudah, menjimatkan masa, tak tahan pam lama-lama sebab lenguh tangan & tengkuk & teringin nak pam sambil buat kerja lain.

Anda juga berpeluang mendapat khidmat nasihat tentang TIPS PENGGUNA PAM DENGAN BETUL. 1% drp hasil jualan akan didermakan kepada rumah anak yatim. Membeli sambil beramal moga rezeki semakin bertambah.

Saya sentiasa memberi sokongan penuh dalam membantu anda menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun dalam cara yang relax & mudah.

Buat bayaran ke akaun:
Maybank 162106694046 - ( NAZURAH MAT ARIF )
Cimb -12050008389208 (NAZURAH MAT ARIF)
podpodmomoit@yahoo.com
 

Sila lampirkan bukti bayaran ke www.facebook.com/messages/nazurahbreastpump
atau WHATSAPP 0192153391 (SMS X DILAYAN)
beserta nama, alamat & no.hp
.

Bagi ibu-ibu yang kurang jelas tentang penggunaan M1 spectra, diharap video ini dapat membantu kalian.



 

Fan Page Facebook : Nazurah BreastPump
019 215 3391 w/app
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
(id : 1148931)



 Salam Sayang,

zura ;) .




Wednesday, 11 June 2014

PASSION DOUBLE PUMP by AUTUMNZ - CRAZY OFFER!!!


Salam semua,

Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari breastpump mungkin Passion Double Pump ini boleh dijadikan salah satu dalam list breastpump anda. Saya sertakan pakej dan harga. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya secara lebih details.

PUMP SAHAJA : RM499!!


NORMAL PRICE BUDGET : RM700
My Offer: RM580
SAVE RM120 !!!

Dalam pakej termasuk:

1) 1 set Passion double letrik breastpump (1 year warranty)
2) 1 unit of Classique 2 compartment Cooler Bag (boleh muat pam)
3) 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles
4) 3 pieces of Autumnz ice packs (to keep your milk chilled for more than 12 hours)

 

NORMAL PRICE COMPLETE : RM765
My Offer: RM650
SAVE RM115 !!!


Dalam pakej termasuk:


1) 1 set Passion double letrik breastpump (1 year warranty)
2) 1 unit of Autumnz Bagpack
3) 1 unit of Autumnz Foldaway Cooler Bag
4) 6 pieces of Jingle Jungle Storage bottles
5) 3 pieces of Autumnz ice packs (to keep your milk chilled for more than 12 hours)

Penghantaran PERCUMA!!! (Sabah/Sarawak: Tambahan RM40)

Peluang ini untuk mommies yang ingin ubah gaya penyusuan lebih mudah, menjimatkan masa.1% drp hasil jualan akan didermakan kepada rumah anak yatim. Membeli sambil b'amal moga rezeki semakin bertambah.

Saya sentiasa memberi sokongan penuh dalam membantu anda menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun dalam cara yang relax & mudah. (^_^)




KENAPA PASSION DOUBLE PUMP by Autumnz?
 
1. MEMILIKI 2 fasa pam yang JELAS:

 
a) STIMULATE - kadar pam pendek & laju dengan sedutan yg lembut utk meng'aktif'kan penghasilan susu


b) PUMPING - kadar pam perlahan dengan SEDUTAN dalam untuk menghasilkan pengeluaran susu maksimum untuk keperluan BAYI


2. ANTI BACKFLOW - agar susu tidak ter"CEMAR"

3. CONVERTIBLE  - boleh ditukar kepada pam MANUAL (handle pam MANUAL disediakan PERCUMA)

4. ADA 9 PERINGKAT SEDUTAN

5. 4 PILIHAN SEDUTAN
  • pam kiri sahaja ATAU
  • pam kanan sahaja ATAU
  • pam kiri & kanan pada masa yg sama ATAU
  • pam kiri & kanan secara berturutan

6. RINGAN 500gram , KECIL dan SENYAP untuk keselesaan BAYI

7. FREE adaptor utk botol saiz kecil dan saiz lebar

8. MUDAH dicuci , di pasang dan digunakan untuk para mommies

9. LCD DISPLAY - memudahkan melihat timing dan boleh TOUCH SCREEN !!

10. DUAL POWER SOURCE samada direct adaptor ATAU BATTERIES

11. TERPENTING!!!! 1 Tahun waranty

Mungkin Video ini dapat membantu kalian :-




Bayaran boleh dibuat ke akaun:
Maybank 162106694046 - ( NAZURAH MAT ARIF )
Cimb -12050008389208 (NAZURAH MAT ARIF)
podpodmomoit@yahoo.com

fanpage :Nazurahbreastpump
facebook : Nazurah Mat Arif 
019 215 3391 w/app

Fan Page Facebook : Nazurah BreastPump
019 215 3391 w/app
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
(id : 1148931)

 

Tuesday, 10 June 2014

TIPS BERPUASA DAN MENYUSUKAN ANAK



Semoga para pembaca sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t dan sihat sejahtera 

hendaknya. Tidak lama lagi bulan Puasa akan menjelma, pasti ramai ibu-ibu yang risau 

takut susu akan merundum. Disini saya kongsikan sedikit tips-tips untuk bekalan ibu-ibu 

menjelang bulan Ramadhan tidak lama lagi, harap-harap ianya dapat membantu sedikit 

sebanyak.




TIPS BERPUASA DAN MENYUSUKAN ANAK




1) Jangan skip sahur dan makanlah nasi/karbohidrat

2) Minum banyak air masa berbuka dan bersahur

3) Amalkan makan kurma semasa bersahur, berbuka dan sebelum tidur 

4) Adjust sikit time pumping, tambah jumlah pumping pada waktu malam jika perlu.

5) Berbuka dengan minuman & makanan yg manis sebab die merangsang minda yang dah letih seharian berpuasa

6) Walaupun tak makan dan minum siang hari, jangan skip pumping

7) Mindset sentiasa positif. Jangan selalu fikir susu akan merundum. Tapi cekalkan azam insyallah bekalan maintain.

8) Minum susu,milo,horlicks 2 gelas sehari. Time sahur ndan buka puasa.

9) DOA - time niat tu,berdoalah sikit mintak dipermudahkan supaya bekalan susu tetap cukup untuk anak tercinta,insyaALLAH...

10) Ambillah Supplement jika perlu, untuk sentiasa bertenaga. 






SEBELUM TIDUR
Amalkan mambaca surah Hujurat (banyakkan susu) dan Al-Waqiah (murah rezeki)


MEMERAH

Perah pada waktu sahur


Makanan yang disarankan untuk dijadikan milkbooster semulajadi :-
  • Makanan mengandungi vitamin B spt kekacang dll.
  • Kurma,mkn begitu saja atau dihancurkan sedikit dan dimasukkan kedlm susu panas
  • Lobak putih / peria -boleh dijadikan sbg jus atau sup
  • Oat - dijadikan minuman,bubur atau salutan pd makanan
  • Longan - boleh dijadikan minuman
  • Halba - dimkn begitu saja,direndam dlm air mendidih/masukkan didlm masakan
  • Pucuk Manis - dibuat masak lemak
  • Pucuk Pegaga - dijadikan ulam atau jus
  • Air soya produk tenusu tauhu,tempe
  • Barli
  • Habbatus sauda/jintan  
 Shake Kurma:
(1) Kurma

(2) Madu

(3) Protein Powder / Susu / Susu Soya
(4) Instant oats

**Campurkan kesemuanya untuk menghasilkan shake kurma madu yang lazat dan mengenyangkan. Sangat sesuai di ambil ketika sahur bagi memastikan tidak cepat berasa lapar. Kalau tak cukup masa untuk ambil makanan berat ketika sahur, cukup dengan bancuhkan shake ni. Penyediaan ringkas, mudah dan berkhasiat.


Selamat mencuba.

sumber: susu-terbaik.blogspot.com

 Nota jarimanis :

" Barangsiapa yang tidak berDOA selepas solat adalah orang yang SOMBONG, kerana Dia merasa dirinya begitu sempurna dan tidak perlu meminta-minta lagi "

 credit :  group ibu menyusu/facebook

Nazurah Mat Arif
Fan Page : Nazurah BreastPump
019 215 3391 w/app
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
(id : 1148931)


Monday, 9 June 2014

KAFEIN DAN PENYUSUAN

 

 

Mudah mudahan para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah s.w.t

Mungkin ada diantara ibu-ibu yang hantu Kopi atau ketagih kopi,

Saya juga peminat kopi tapi takla sampai tahap ketagih. Sekali kala bila teringin memang saya akan bancuh kopi untuk lepaskan gian.

Siapa yang kata kopi itu tidak sedap memang rugi! Rasanya yang pahit2 manis, membuat setiap orang yang menghirupnya pasti tak cukup secawan.

 
 
Di sini saya kongsikan sedikit beberapa soalan berkenaan kafein dan penyusuan yang saya dapat dari blog Baby Centre mungkin bermanafaat untuk kita semua.

Selamat Membaca!


Adakah kafein yang saya telan akan masuk ke dalam susu badan saya?

Adakah kafein yang saya telan akan masuk ke dalam susu badan saya?
Apabila anda minum secawan kopi atau sepotong coklat, kafein di dalamnya akan masuk ke dalam aliran darah anda. Sebaik sahaja ia berada dalam darah, sedikit daripadanya akan masuk ke dalam susu badan anda. Hakikatnya, sebahagian daripada apa sahaja yang anda makan dan minum akan muncul dalam susu badan anda.



Adakah kafein membahayakan bayi saya?

Terdapat banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti kesan kafein terhadap bayi yang menyusu badan. Kesemua kajian ini menunjukkan bahawa kafein memang masuk ke dalam susu badan, tetapi tidak banyak kesannya terhadap bayi.



Jika anda minum sehingga 750mg minuman berkafein sehari (kira-kira lima atau enam cawan kopi) kemungkinan besar ia tidak mendatangkan kesan kepada bayi anda. Dalam ujian yang dilakukan, jumlah kafein dalam air liur atau air kencing bayi yang minum susu badan ibunya yang telah meminum sejumlah kafein tersebut adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan.

Walau bagaimanapun, sesetengah ibu yang minum banyak kopi mengatakan bahawa bayi mereka kelihatan lebih jengkel dan resah ketika disusukan. Jika anda dapati ini berlaku, cuba kurangkan pengambilan kafein dan lihat apa yang berlaku. Ingatlah bahawa teh, minuman kola dan minuman untuk tenaga juga mengandungi kafein. Bacalah mengenai bagaimana cara menghentikan ketagihan kafein jika anda mengambil keputusan untuk berhenti mengambilnya.



FB : Nazurah Mat Arif
Fan Page : Nazurah Breastpump
Instagram : Nazurah_Fatin
Shaklee Independent Distributor
(id : 1148931)

019 - 215 3391

Sunday, 8 June 2014

MINUM AIS DAN KESANNYA

Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.

 

Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya.

 

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menerima e-mel daripada rakan atau individu yang menyarankan amalan itu dihentikan kerana ia mungkin boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya.

 

Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.

 

Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan jantung.

 

Kata Dr Haizal, pembentukan plak di dinding pembuluh darah koronari melalui proses aterosklesoris antara lain disebabkan oleh kandungan darah kolesterol yang berlebihan.

 

Jelasnya, sebahagian daripada kolesterol berkenaan datang daripada lemak pemakanan yang dihadam dan diserap oleh usus.

 

“Bagaimana kita boleh mengaitkan minuman sejuk dengan penyakit jantung kerana secara logiknya, minum air sejuk boleh memperlahankan penghadaman yang secara langsung mengurangkan lemak dan kandungan kolesterol dalam darah.

 

“Memang sehingga kini tiada kajian atau sebarang bukti untuk menyokong pendapat berkenaan,” katanya.

 

Menurut Dr Haizal, pesakit jantung atau yang pernah menjalani pembedahan jantung juga tidak mempunyai masalah jika mengambil minuman sejuk.

 

“Apa yang penting di sini bukan minuman itu sejuk atau tidak.

 

“Setiap individu yang berpenyakit atau tidak, perlu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari. 

 

“Terdapat satu kajian di Amerika Syarikat membabitkan lebih 20,000 orang mendapati mereka yang minum air kosong untuk jumlah sedemikian setiap hari mempunyai risiko mati akibat penyakit jantung yang lebih rendah berbanding mereka yang minum dua gelas atau kurang sehari.

 

“Jenis minuman selain daripada air kosong pula boleh meninggikan risiko terbabit,” katanya.

 

Daripada sudut kecantikan pula, minuman sejuk atau berais harus dijauhi wanita kerana ia dapat menjejaskan kesihatan kulit dan dalaman.

 

 

Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, berkata wanita tidak kira yang sudah berkahwin atau belum, perlu mengelakkan minuman sejuk atau berais jika mahu menjaga kecantikan kulit wajah, dalaman dan luaran mereka. 

 

Kata Halimah, walau bagaimana haus sekali pun, minuman sejuk perlu dijauhkan sebaliknya perlu mengambil air suam meskipun pada waktu tengah hari.

 

“Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa.

 

“Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika muda remaja dan hanya mula dirasai apabila menginjak usia 40 tahun ke atas,” katanya.

 

Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, Halimah turut menasihatkan supaya jangan sesekali mengamalkan minuman sejuk kerana ia menjejaskan kesihatan dalaman serta menyejukkan peranakan.

 

Halimah berkata, penyakit hari ini senang singgah pada badan, tetapi ia amat susah untuk pergi iaitu disembuhkan.

 

Justeru, amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil.

 

Jelas Halimah, berdasarkan pengalamannya, individu yang selalu minum air batu atau sering berada dalam pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak bermaya.

 

Amalan minum minuman sejuk atau berais juga dikatakan boleh menyebabkan perut mudah buncit.

 

 

 

Katanya, orang tua sering berpesan supaya jangan makan berselang dengan minum kerana ia juga akan menyebabkan perut menjadi buncit.

 

“Amalan menghirup sup ketika makan nasi juga tidak digalakkan kerana sup juga seperti air, boleh menyebabkan perut membuncit.

 

“Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.

 

“Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran,” katanya.

 

Selain itu, minuman sejuk juga tidak elok diberi kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka mudah mengalami batuk, bibir kering atau pecah dan mudah diserang demam.

 

“Ibu bapa perlu memantau amalan berkenaan kerana kanak-kanak memang menggemari minuman sejuk.

 

“Jika kita sayangkan mereka, berilah air kosong kerana ia sememangnya lebih baik untuk kesihatan mereka,” katanya.

 

Rahsia ais dan air sejuk

 

■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

 

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

 

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

 

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

 

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

 

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

 

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

 

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

 

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

 

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

 

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

 

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

 

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

 

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

 

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

 

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

 

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

 

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

 

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

 

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

 

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

 

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

 

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

 

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

 

 

Facebook : Nazurah Mat Arif
Fanpage : Nazurah Breastpump
019 215 3391
Shaklee Independent Distributor
(id : 1148931)

(sumber:http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-536280.html)